ASSALAMUALAIKUM
Bismillahirrahmanirrahim. Macam tajuk dkt atas tu, comment di youtube. Saya sangat tertarik nak buat enty pasal benda ni sbb skrg makin melampau-lampau komen yg diberi di youtube. Dua minggu kebelakangan ni, saya suka perhati komen sesetengah orang yang mungkin prihatin dengan video tu.
Tapi sangat menyedihkan apabila perkataan yang digunakan untuk mengomen adalah perkataan yang kesat dan sangat menjatuhkan maruah dan menghina seseorang. Antara komen yang selalu diberi ialah menggunakan perkataan 'Babi'. Perkataan tu tidak berdosa kita sebut jikalau tidak ditujukan kepada sesiapa
Tapi, dia akan jadi dosa jika kita guna perkataan tu untuk menghina seseorang. Tolonglah wahai umat Islam sekalian. Nak komen boleh, sangat sangat sangat boleh. Diharap kalau tidak suka akan sesuatu benda di dalam video itu, tolong TEGUR. JANGAN HINA,KUTUK,CACI,MAKI.
Dan, nasihatkan lah orang2 yang tidak mengomen secara berkhemah ye. Kita orang Islam, wajib tegur sesama kita. Bukan mengutuk wahai kawan. mungkin niat nya baik untuk menegur, tapi cara dan tindakan tu yang salah. Perbaiki lah ye.
Wallahua'alam..
Saturday, May 25, 2013
Friday, May 17, 2013
AMALAN RASULULLAH SAW
ASSALAMUALAIKUM
Apa khabar pembaca semua? diharap semua sihat , InsyaAllah. harini saya rasa seronok sangat nak share pasal amalan yang Nabi kita buat selalu. Nak tahu? Baca ni!
Wallahua'lam..

Amalan Nabi Muhammad SAW
Berikut adalah antara amalan-amalan Rasulullah saw buat ikutan kita sebagai ummatnya.Biarpun tidak semua dapat kita ikuti, cubalah untuk beristiqamah dengan apa yang kita termampu. Semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian.Insyaallah.
Amalan:
Amalan yang paling disukai oleh Rasulullah SAW ialah kekal (istiqamah) sekalipun sedikit. (Riwayat Termizi dan Nasai daripada Aisyah dan Ummu Salamah)
Puasa:
Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin dan Khamis (Riwayat Ibnu Majah)
Tahajjud:
Rasulullah SAW bangun menghidupkan malam (tahajjud) hingga bengkaklah kedua kaki Baginda (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi, Nasai, Ibnu Majah kepada Mughirah)
Pakaian:
Adalah pakaian yang paling disukai Rasulullah SAW ialah gamis (Riwayat Abu Daud, Termizi, Hakim daripada Ummu Salamah.
Bertemu:
Adalah Rasulullah SAW apabila mendatangi rumah seseorang, ia akan berdiri menghadap di hadapan pintu akan tetapi baginda akan berdiri di sebelah kanan atau kiri pintu sambil mengucapkan; Assalamualaikum. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud daripada Abdullah bin Bisr)
Sujud syukur:
Apabila Rasulullah SAW didatangi dengan berita yang menggembirakan hatinya Baginda akan terus sujud syukur pada Allah SWT (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Bakrah.
Berbaring:
Apabila Rasulullah SAW hendak berbaring (untuk tidur), Beliau akan meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya (Riwayat Tabrani daripada Hafsah)
Makan:
Adalah Rasulullah SAW apabila beliau makan tengah hari Baginda tidak akan makan malam lagi dan jikalau beliau makan malam beliau tak akan makan tengahari (Riwayat Abi Na'im daripada Abi Sa'id)
Berwuduk:
Apabila Rasulullah SAW berwuduk, Baginda akan meyelati janggutnya dengan air (Riwayat Tabrani daripada Ibnu Umar)
Ketawa:
Apabila Rasulullah SAW ketawa, Baginda meletakkan tangannya di atas mulutnya (Riwayat Baghawi daripada Walid Murrah)
Istighfar:
Apabila Rasulullah SAW menghadiri satu majlis kemudian hendak bangun meninggalkannya, Baginda akan beristigfar sebanyak sepuluh hingga lima belas kali (Riwayat Ibnu Sinni daripada Abi Umamah)
Berani:
Adalah Rasulullah SAW orang yang paling baik, paling pemurah dan paling berani. (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah dari Anas)
Benci dusta:
Adalah perangai yang sangat dibenci olehnya (Nabi SAW) ialah dusta (Riwayat Baihaqi dari Aisyah)
Marah:
Apabila Rasulullah SAW marah dan baginda dalam keadaan berdiri baginda akan duduk , dan jikalau sedang duduk baginda akan berbaring, hingga hilanglah marahnya (Riwayat Tebrani daripada Ibnu Mas'ud dan Ummu Salamah)
Beri salam kepada kanak-kanak:
Apabila Rasulullah lalu di hadapan anak-anak, Rasulullah SAW akan beri salam (Riwayat Bukhari kepada Anas)
Memotong kuku:
Rasulullah SAW memotong kuku dan menggunting misainya pada hari Jumaat sebelum keluar sembahyang. (Riwayat Baihaqi kepada Abi Hurairah)
Wallahua'lam..
Friday, May 10, 2013
DZIKIR & DOA RASULULLAH SAW PAGI & PETANG..
ASSALAMUALAIKUM
Hari ni saya nak share dengan korang semua tentang zikir serta doa yang selalu dibaca oleh Nabi Muhammad SAW. Zikir dan Doa lengkap dalam buku yang saya ada ni. Menarik sangat buku dia. Kecik senang dibawa kemana sahaja.
Jadi, saya nak tunjuk dekat anda semua sedikit Zikir dan doa Rasulullah :-
translate dia ada dekat sebelah tu. tapi nak upload tak boleh pula. sangat rugi. Takpe, dekat bawah tu ha ada..
"Aku memohon ampun kepada ALLAH yang tidak ada Tuhan selain Dia, yang hidup dan selalu jaga; dan aku bertaubat kepada-Nya"
Okay itu sahaja. Banyak lagi sebenarnya, tapi kita amalkan yang ini dulu ya..Semoga bermanfaat untuk kita semua.. InsyaAllah..
Hari ni saya nak share dengan korang semua tentang zikir serta doa yang selalu dibaca oleh Nabi Muhammad SAW. Zikir dan Doa lengkap dalam buku yang saya ada ni. Menarik sangat buku dia. Kecik senang dibawa kemana sahaja.
Ni buku yang mengandungi zikir dan doa Nabi kita.. |
ni doa dalam bahasa arabnya.. |
"Aku memohon ampun kepada ALLAH yang tidak ada Tuhan selain Dia, yang hidup dan selalu jaga; dan aku bertaubat kepada-Nya"
Ini doa Rasulullah SAW pada waktu pagi.... |
Ini bacaan doa pada waktu petang pula.... |
Wallahua'alam..
Labels:
ilmu agama
AMALAN YANG DAPAT MERINGANKAN SIKSA KUBUR..
ASSALAMUALAIKUM
Mari kita berkongsi apa amalan yang boleh meringankan siksa dalam kubur nanti. Apa amalannya ?
Amalannya ialah, meh hamba Allah nak tulis dekat bawah tu :-
1. Memelihara Solat 5 Waktu
---------------------------
Berdasarkan Hadith oleh Ibu Hajar Al-Haitami dlm kitabnya"Az-Zawaajir" bahawa orang yg memelihara Solat Lima Waktu ituakan dihindarkan dari seksaan Kubur; sebaliknya orang yang mengabaikannya maka diwaktu dia mati, mayatnya dihimpitkan Kubur sehingga berselisih tulang rusuknya.
2. Selalu Membaca Surah Al-Ikhlas terutamanya dalam kesakitan yang membawa kematian
------------------------------------------------------- -------
Al-Imam At-Tabaraani mengemukakan Hadith menerusi 'Abdulah
b.Asy-Syakhiir bahawa Rasullullah s.a.w bersabda :"Siapa membaca Qul huwallaahuahad dalam kesakitan yang membawa matinya, tiadalah ia menderitai himpitan Kubur; dan dihari Kiamat kelak, ia dibawa oleh Malaikat dengan telapak tangannya hingga terlepas dari Titian Siratul Muntaha dan sampai keSyurga." (bagi mereka yg beriman).
** Akan tetapi mengikut Hadith yg sama dikemukakan oleh AbuNu'aim adalah didapati sanadnya Maudhuu.

3. Senantiasa membaca Surah Al-Mulk (Tabaarak)pada setiap malam sekurang-kurangnya malam Jumaat.
------------------------------------------------------- ---------
Rasullulah s.a.w menamakan Surah ini dengan "Al-Maani'ah"(Pencegah, penahan dari seksaan) dimana beliau bersabda;"Dialah surah Pencegah yang mencegah pembacanya dari seksaanKubur" Riwayat An-Nasaa'i. Hadis Riwayat At-Turmudzi menerusiIbnu 'Abbaas adalah bertaraf Hasan.
"Siapa yang pada setiap malam membaca Tabaarak.., adalah dia akan dicegahkan oleh Allah 'Azza Wa Jalla dari seksaan Kubur"Hadis Riwayat An-Nasaa'i menerusi Ibnu Mas'uud.Abu Hurairah dan Jaabir b.Abdullah pernah menerangkan bahwa Rasullullah s.a.w tidaklah beliau tidur malam sehingga beliau membaca Surah alif Laam Miin Al Kitaab (Surah As-Sajdah) danTabaarak

4. Mati Syahid
---------------
Hadith yang diriwayatkan oleh At-Turmudzi dan Ibnu Maajahbahawa antara kelebihan mati syahid kerana menegakkan kalimahAllah ialah seseorang itu akan dijauhkan daripada seksaan kubur.
Salmaa Al-Faarisi menyebutkan bahawa dia mendengar Nabi s.a.wbersabda :
"Mengawal negeri sehari dalam peperangan Sabilillah itu adalahlebih utama".Terkadang berliau bersabda: Lebih baik dari berpuasa (sunat) sebulan dan beribadat (pada malamnya); dan siapa mati di dalam mengawal (termasuk orang yang mati sedanghatinya masih terikat dengan
perjuangan menegakkan kalimah Allah) nescaya terpeliharalah dia daripada fitnah kubur;sedangkan amalannya subur(terus bertambah;dipahalai sebagaihari-hari hidupnya) sampai hari Kiamat."Riwayat At-Turmudzi; Hasan

5. Mati di malam atau siang hari Jumaat
----------------------------------------
Rasullulah s.a.w bersabda :"Tiadalah seseorang Islam yang meninggal dunia di hari atau malam Jumaat, melainkan Allah memeliharanya dari fitnah kubur"Riwayat At-Turmudzi:Marfuu'

6. Mati sebab sakit dalam perut
--------------------------------
Abu Daud mengeluarkan Hadis secara Marfuu':"Siapa mati disebabkan penyakit dalam perutnya tidaklah dia diseksakan dalam kuburnya" - Juga Riwayat Ibu Maajah AlBaihaqi dan At-Turmudzi dimana dia menganggap ia Hasan.

7. Tidak ditangisi mayat diwaktu kematian seperti perlakuan Jahiliah
------------------------------------------------------- -----
Umar Al-Khattab menyebutkan bahwa Rasullullah saw bersabda:"Seseorang yang mati itu akan diseksakan dalam kuburnya disebabkan dia ditangisi (sewaktu kematiannya sebab itu wasiatlah diwaktu hampir kematian agar tiada keluarga yangmenangisi dengan cara menampar-nampar pipi dan mengoyak-ngoyakkan baju sebagai menunjukkan sikap simpati danterharu dengan kematian; akan tetapi tidaklah mengapa dengan menangis sahaja" Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

8. Selalu diri sendiri memberi sedekah atau derma kebajikan:
------------------------------------------------------- ------
Uqbah B.Aamir menyebutkan bahawa Rasullulah saw bersabda :"Sungguhnya sedekah itu akan mengurangkan kepanasan (seksaan)Kubur daripada yang selalu memberi sedekah; dan hanya sungguhnya seseorang Mu'min itu akan dapat bernaung dibawahnaungan sedekahnya di hari Kiamat" Riwayat At-Tabaraani

9. Menyempurnakan basuhan wudhuk dan menolong orang sedang dianiayai:
------------------------------------------------------- -----
Menurut Ibnu Mas'uud bahawa Rasullullah saw pernah memberitakan : "Ada seorang hamba Allah yang diperintah supaya dipukul 100kali dalam kuburnya. Akan tetapi oleh sebab orang itu selalu berdoa supaya dilindungi daripada seksaan Kubur semasa hidupnya maka dia dipukul hanya sekali pukulan.Akan tetapi dengan sekali pukulan itu menyebabkan kuburnya dipenuhi api.Sesudah api hilang(padam)dan dia sembuh dari pukulan itu maka orang itu bertanya pada Malaikat: Sebab apakah saya dipukul (tadi?). Malaikat menjawab : "(Ialah disebabkan)
engkau bersembahyang tanpa wudhuk (dengan wudhuk yang tidak dilakukan dengan sempurna basuhannya) dan engkau pernah melalui orang yang sedang dianayai tetatpi engkau tidak memberikan pertolongan" Riwayat At-Tahaawi

10. Selalu memohon pada Allah swt agar dilindungi daripada seksaan Kubur
------------------------------------------------------- -----------
Menurut Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, An-Nasaa'i, Ahmad b.Hanbal,Abu Awanah dan Ibnu Al-Jaaruud bahawa Rasullullah saw membacakan doa memohon daripada Allah agar dilindungiNya dari empat perkara, yang mana dibacakan lepas Tasyahhud Akhirnya sebagai satu sunnah bgainda saw (yg perlu diikuti segera) iaitu dibacakan debelum doa terakhir sebelum salam, doanya berbunyi : "Wahai Allah, sungguhnya saya memohon perlindungan Engkau daripada seksaan Neraka Jahanam, daripada seksaan Kubur, daripada fitnah (perdayaan) hidup dan mati dan daripada/fitnah (gunakan salah satu kata ini) Al-Masiih Ad-Dajaal"

11. Seseorang hamba Allah itu hendaknya selalu membaca dan mengkhatami Al-Quran serta berdoa diwaktu khatamnya dengan salah satu doa yang pernah diajarkan Rasullullah saw berbunyi:
"Perjinakkan keliaranku dari ketakutan dalam kuburku" Riwayat Abi Umaamah

Firman Allah swt,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam
kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang
ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati
dengan kesabaran."
Surah Al-Ashr

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Wallahua'alam..
Labels:
ilmu agama
Tuesday, May 7, 2013
TANDA-TANDA 100 HARI SEBELUM KEMATIAN..
ASSALAMUALAIKUM
Harini saya nak kongsi pasal tanda 100 hari sebelum kematian datang menjemput kita. Tetapi, saya nak korang tengok video dekat bawah ni je supaya lebih jelas.
Video ni sebuah filem sahaja. Tetapi anda bolehlah tahu apa tanda-tanda nya. Mungkin itu sekadar gambaran Wallahua'alam.
Cerita ni mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang bersikap bakhil sesama saudara, tamakkan harta, hanya mementingkan wang dan kekayaan sehinggakan tidak mahu menolong saudara seislam mereka.
Cerita ni juga turut menyaksikan gambaran tanda kematian. Jadi selamat menonton :)

Monday, May 6, 2013
CARA NAK ELAKKAN SIKAP RIAK..
ASSALAMUALAIKUM
Semulajadi fitrah manusia pasti ada rasa show off atau riak. Tak sah kalau tak riak. Memang hati kekadang ikhlas sangat nak buat sesuatu perkara. Tapi kekadang kita tak sedar yang kita dah ada niat nak menunjuk-nunjuk pada orang lain.
Sikap riak ni tak baik. Tak mendatangkan faedah pun kalau kita buat. Dapat dosa free je kan. Okay, so eloklah kita jauhkan diri kita daripada perasaan riak ni. Jangan buat sesuatu kerja dengan harapan akan ada lemparan kata-kata pujian dari orang. Jangan mengharap kan balasan dari orang lain. Ingat tu!
Korang tak pernah jumpa orang riak ke? Serius? okay ni ha ade contohnya :-
Diorang yang dekat atas tu contoh perbuatan riak.Selalu memperbesarkan diri sendiri pada orang lain.Jangan amalkan! contoh lain kat bwh ni haaa :-
Tadaa!!! Tu contoh riak. Tapi gambar jelas. Just amik dekat google image. Tak boleh nak baca tulisan dia. tapi tengok raut wajah orang yang bertudung biru tu. Tu riak lah tu.
Okay. ada beberapa tanda-tanda orang yang riak :-
#Dia malas jika berada seorang diri..
#Dia rajin jika berada di tengah orang ramai..
#Dia akan melakukan lebih banyak kerja setelah dipuji..
Ni pulak contoh gambar orang yang riak dalam solat :-
Berbalik pada tajuk, cara nak elakkan perasaan riak ialah :-
# Banyakkan ingat tuhan, kelemahan diri dan diri kitahidup sementara, banyak berkawan dengan orang salih menghadiri majlis ilmu.
# Bersikap sederhana dalam kehidupan seharian.
# Tetapkan niat di dalam hati bahawa segala perkara yang dilakukan hanya kerana Allah SWT.
# Baca bismillah sebelum melakukan pekerjaan.
# Jangan selalu melihat diri sendiri di cermin. ini boleh menimbulkan rasa diri anda hebat.
Itu sahaja yang ingin dikongsi harini. semoga dijadikan suatu perkara yang bermanfaat.
Sentiasa beringat, RIAK BOLEH MENGGUGURKAN AMALAN SESEORANG!
Wallahua'alam..
Semulajadi fitrah manusia pasti ada rasa show off atau riak. Tak sah kalau tak riak. Memang hati kekadang ikhlas sangat nak buat sesuatu perkara. Tapi kekadang kita tak sedar yang kita dah ada niat nak menunjuk-nunjuk pada orang lain.
Sikap riak ni tak baik. Tak mendatangkan faedah pun kalau kita buat. Dapat dosa free je kan. Okay, so eloklah kita jauhkan diri kita daripada perasaan riak ni. Jangan buat sesuatu kerja dengan harapan akan ada lemparan kata-kata pujian dari orang. Jangan mengharap kan balasan dari orang lain. Ingat tu!
Korang tak pernah jumpa orang riak ke? Serius? okay ni ha ade contohnya :-
Okay. ada beberapa tanda-tanda orang yang riak :-
#Dia malas jika berada seorang diri..
#Dia rajin jika berada di tengah orang ramai..
#Dia akan melakukan lebih banyak kerja setelah dipuji..
Ni pulak contoh gambar orang yang riak dalam solat :-
Berbalik pada tajuk, cara nak elakkan perasaan riak ialah :-
# Banyakkan ingat tuhan, kelemahan diri dan diri kitahidup sementara, banyak berkawan dengan orang salih menghadiri majlis ilmu.
# Bersikap sederhana dalam kehidupan seharian.
# Tetapkan niat di dalam hati bahawa segala perkara yang dilakukan hanya kerana Allah SWT.
# Baca bismillah sebelum melakukan pekerjaan.
# Jangan selalu melihat diri sendiri di cermin. ini boleh menimbulkan rasa diri anda hebat.
Itu sahaja yang ingin dikongsi harini. semoga dijadikan suatu perkara yang bermanfaat.
Sentiasa beringat, RIAK BOLEH MENGGUGURKAN AMALAN SESEORANG!
Wallahua'alam..
KEBURUKAN MAGGI
ASSALAMUALAIKUM
Maggi kari. Maggi sedaap goreng. Maggi sedaap kari. Maggi kaww kaww entah apa lagi brand maggi yang ada dekat dalam Malaysia ni. Semua nya enak-enak belaka. Setuju? Diri ini percaya 101 % anda diluar sana setuju.
Dunia dah akhir zaman. Beginilah jadinya. Semua makanan yang halal ada benda yang tidak baik sehinggakan suatu masa makanan tersebut tak boleh dimakan sama sekali. Tanda-tanda kiamat kecil. Wallahua'alam. Maaf kalau tersilap ya.
Anda semua pernah tak buat research pasal bahan dalam maggi? Alah, tak perlu research sampai kena pergi kilang maggi lah. Tak perlu pun. Buat research dekat google saje lah. Pernah tak? okay, saya pun tidak pernah.Makanya, sekarang jomlah kita buat. Malas? It's okay. Meh Hamba Allah tolong. Sat naa kawan.
Okay, ni ha gambar bahan buat maggi yang dibenarkan tetapi tidak bagus untuk kesihatan kita :-
Tak nampak? Tak jelas? Tidak mengapa. sini ada penerangan :-
Bahan pertama ialah TERITARY BUTYLHYDROXYQUINONE. Ia adalah satu bentuk cecair yang digunakan dalam pemetik api atau lighter. Namanya memang canggih kan? Tapi dialah pembunuh tau.
Bahan kedua pula ialah POLYDIMETHYLSILOXANE. Digunakan dalam contact lens. Maknanya, yang pakai lens pun bahaya juga lah ye.
Bahan ketiga ialah TARTRAZINE. Menjadikan kanak-kanah hiperaktif.
Bahan keempat PROPYLENE GLYCOL. Digunakan untuk membuat bahan pendingin.
Bahan seterusnya PROPYL GALLATE. Menghalang pengeluaran sperma.
PENTASODIUM TRIPHOSPHATE. Bahan pencuci sabun.
BHT. Merosakkan ginjal. Buah pinggang
KALSIUM OKSIDA. Digunakan dalam racun serangga.
ASID TARTARIK. Dalam julap ada benda alah ni.
nak lebih jelas, tengok gambar dekat atas ye. Saje taknak tunjuk gambar maggi nanti ada yang terluir. hahaha. Okay, selamat mencuba menjauhkan diri daripada maggi yang MERBAHAYA ini !!!!!!!!!!!!!
Labels:
dunia
CARA MENDAPAT KETENANGAN YANG SEBENAR..
ASSALAMUALAIKUM
Tujuan hidup yang sebenar adalah meraih keberkatan,keredhaan daripada Allah SWT. Hidup juga bertujuan meraih ketenangan hidup. Yang paling penting, hidup ini adalah denstinasi untuk mengumpul seberapa banyak amalan baik untuk dijadikan bekalan kita di akhirat kelak.
Tetapi ramai yang salah tafsir. Mereka berpendapat bahawa ketenangan yang dimaksudkan adalah dengan wang ringgit. Harta yang banyak. Rumah yang mewah dan tersergam indah. Syarikat yang maju dan pakaian yang branded dan kereta yang latest dan canggih.
Tidak! Ketenangan yang sebenar adalah HATI. Hati yang bersih, sentiasa berzikir atau istilah melayu nya adalah mengingati Allah SWT. Jika kita sentiasa berzikir pada Nya, nescaya ketenangan yang asli akan timbul dalam diri kita.
Disini ada sedikit cara bagaimana untuk meraih ketenangan hidup :-
1. Membaca dan mendengarkan al-Quran
Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh:
“Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.”
Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.
Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.
Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.
2. Menyayangi orang miskin
Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.
Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan:
“Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”
Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan.
Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.
Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.
3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas
Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.
Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.
Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.
4. Menjaga silaturahim
Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.
Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.
Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.
5. Banyak mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah“
Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.
Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.
6. Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit
Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.
Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.
Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.
7. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah
Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.
Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.
8. Tidak meminta kepada orang lain
“Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah” adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.
Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.
Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.
9. Menjauhi hutang
Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:
“Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!”
Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”
Sabdanya: “Kerana hutang.”
Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.
Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan:
“Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”
10. Selalu berfikir positif
Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.
Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.
Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?
Dan ingatlah bahawa Islam adalam agama yang memberi penawar kepada segala kedukaan kita dan ia juga adalah ubat yang mujarab untuk mendapatkan ketenangan.
Semoga entri ini dijadikan amalan kita semua :)

ANDAI KITA MATI ESOK..
ASSALAMUALAIKUM
Di sini, saya nak share sedikit video tentang gambaran di alam barzakh atau alam kubur.. Semoga memberi pengajaran kepada diri kita masing masing untuk dijadikan batu loncatan untuk kita berubah ke arah yang lebih baik InsyaAllah..
Diingatkan..video ini sekadar gambaran sahaja.. yang sebetulnya Allah SWT Maha Mengetahuinya.. selamat menontono video ini..
dan lakukan lah pekerjaan yang kita buat seolah olah kita akan mati esok hari..
sesungguhnya kematian itu pasti bagi setiap yang hidup!

Sunday, May 5, 2013
NIKMAT IMAN DAN ISLAM
ASSALAMUALAIKUM
Apa Itu Islam?
Islam dari segi bahasa ialah tunduk dan menyerah kepada Allah Taala. Dari segi syarak pula ialah agama yang dibina di atas lima asas (Rukun Islam) iaitu:
01. (penyaksian) bahawa tiada tuhan melainkan Allah Taala dan bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. itu utusan Allah Taala (Rasulullah S.A.W.).
02. Mendirikan solat fardhu lima kali sehari di dalam waktunya dengan rukun dan syarat yang sempurna.
03. Mengeluarkan zakat setelah cukup kadar dan waktunya.
04. Berpuasa di bulan Ramadhan.
05. Menunaikan haji sekali seumur hidup bagi sesiapa yang berkemampuan.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Islam dibina di atas lima perkara: Penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan puasa bulan Ramadhan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Apa Itu Iman?
Iman dari segi bahasa ialah membenarkan. Dari segi syarak pula ialah membenarkan dengan keyakinan yang tidak terbelah bagi (Rukun Iman) kepada:
01. Allah Taala yang Maha Esa dan Maha Pencipta serta tiada sekutu bagiNya.
02. Malaikat yang merupakan hamba-hambaNya yang mulia dan sentiasa taat kepada suruhan Allah Taala.
03. Kitab yang diturunkan oleh Allah Taala sebagai syariat kepada manusia.
04. Rasul yang telah dipilih dan diutuskan olehNya kepada manusia untuk memberi petunjuk.
05. Hari Kiamat yang pasti berlaku untuk menghitung segala amalan manusia.
06. Qada dan Qadar yang berlaku samada baik atau buruk semuanya adalah ketentuan dariNya. Setiap perkara yang berlaku terdapat hikmah yang tersembunyi. Namun kita tetap dikehendaki untuk berusaha bagi memperolehi kebaikkan dan kejayaan.
Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah Taala dan rasulNya dan kepada kitab al-Quran yang telah diturunkan kepada rasulNya (Nabi Muhammad S.A.W.) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya dan juga Hari akhirat maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.
(Surah an-Nisaa: Ayat 136).
Apakah Persamaan Dan Perbezaan Di Antara Islam Dan Iman?
Dari perbincangan di atas maka dapatlah kita ketahui bahawa Islam dan Iman adalah dua hakikat yang berbeza dari sudut bahasa dan syarak. Oleh itu, apabila disebut salah satu daripadanya itu maka ia juga memberi makna kepada yang satu lagi. Iman tidak dikira tanpa Islam sepertimana Islam juga tidak dikira tanpa iman kerana kedua-duanya saling memerlukan. Jadi mestilah beriman dengan hati serta beramal dengan anggota tubuh badan. Namun jika ia disebut kedua-duanya sekaligus dalam satu ayat yang sama maka masing-masing mempunyai makna yang berbeza untuk diperjelaskan.
Bagaimanakah Iman Yang Sempurna?
Keimanan yang sempurna mestilah membenarkan (meyakini) dengan hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan perbuatan. Inilah ciri-ciri serta syarat-syarat untuk mendapat kesempurnaan iman itu. Namun kesempurnaan iman tidaklah hanya terletak pada Rukun Iman sahaja bahkan ia lebih luas untuk diperbincangkan di sini. Antara contohnya:
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasih untuk dirinya sendiri.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Pada al-Hadis S.A.W. di atas menerangkan kepada kita bahawa iman tidak bertunjang di dalam diri sendiri semata-mata serta tidak teguh di dalam hati dan tidak sempurna di dalam dada seseorang Islam kecuali apabila dia menjadi manusia yang baik, jauh daripada sifat keakuan, iri hati, membenci dan hasad dengki. Dengan itu dia akan mengasihi dan membantu orang lain dengan apa yang dia suka untuk dirinya sendiri seperti selamat daripada kejahatan dan seksaan, seronok dengan kesenangan hidup, berjaya mendapat kered
Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasih untuk dirinya sendiri.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Pada al-Hadis S.A.W. di atas menerangkan kepada kita bahawa iman tidak bertunjang di dalam diri sendiri semata-mata serta tidak teguh di dalam hati dan tidak sempurna di dalam dada seseorang Islam kecuali apabila dia menjadi manusia yang baik, jauh daripada sifat keakuan, iri hati, membenci dan hasad dengki. Dengan itu dia akan mengasihi dan membantu orang lain dengan apa yang dia suka untuk dirinya sendiri seperti selamat daripada kejahatan dan seksaan, seronok dengan kesenangan hidup, berjaya mendapat keredhaan Allah Taala serta mendekatkan diri kepadaNya. Seorang sahabat Nabi S.A.W. bernama Muaz R.A. telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. tentang iman yang paling afdhal (baik) maka baginda S.A.W. menjawab:
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Engkau mengasihi untuk manusia sesuatu yang engkau suka untuk dirimu sendiri dan engkau membenci untuk mereka sesuatu yang engkau benci untuk dirimu sendiri.
(Riwayat Ahmad)
Apakah Matlamat Ibadat?
Ibadat yang dikehendaki di dalam Islam bukanlah gambaran dan bentuknya yang boleh dilihat dengan pandangan semata-mata akan tetapi yang dikehendaki oleh Islam dengan ibadat ialah tujuan serta makna dan pelaksanaan sesuatu ibadat itu. Oleh itu, tiada manfaat solat yang tidak dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar sebagaimana tiada faedah juga puasa yang pelakunya tidak dapat meninggalkan kebatilan. Walaubagaimanapun tidaklah beerti kita boleh meninggalkan ibadat jika tidak mencapai hasilnya akan tetapi yang dikehendaki di sini ialah sentiasa berusaha membawa diri supaya ikhlas dan cuba mencapai segala tujuannya. Kesimpulannya: Kita memahami bahawa Islam itu adalah terdiri daripada aqidah dan amalan. Maka tiada manfaat serta faedah tanpa iman sebagaimana tidak wujud iman tanpa amalan.
Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.
(Surah ali-Imran: Ayat 19).
Labels:
ilmu agama
KELEBIHAN JUMAAT
ASSALAMUALAIKUM
Hari jumaat adalah penghulu segala hari. Hari yang agung daripada segala hari yang lain. Tetapi kita semua perlu tahu kan, apa kelebihan-kelebihan hari jumaat ini.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim). Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah) Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim) Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi) Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah). Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim) Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud) Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi) Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)
Wallahu'alam..

Subscribe to:
Posts (Atom)