Saturday, July 13, 2013

TENTERA DAJJAL

ASSALAMUALAIKUM

Salam ukhwah saudaraku!

Heboh!Tentara Dajjal Telah Muncul
Benarkah bala tentara Dajjal telah muncul? Pertanyaan ini mencuat ketika Israel memperkenalkan “Kfir” yang merupakan brigade elit Israeli Defenses Force (IDF). Brigade ini dibentuk sebagai “900th Brigade” atau Brigade ke-900, yang masuk dalam unit paling elit satuan infanteri IDF di bawah Kementerian Pertahanan Israel. Brigade Kfir berada di bawah komando Divisi 162 (Utzvat Haplada). Nama aslinya Brigade tersebut adalah “KFR”, karena sistem huruf Ibrani tidak mengenal huruf hidup. Pasukan ini juga merupakan kesatuan anti teroris yang paling efektif di negara israel. Bukan itu saja, perusahaan penerbangan Israel bernama IAI yang bekerja sama dengan agen pemerintah juga telah meluncurkan pesawat tempurnya yang diberi nama Kfir (lihat gambar).
Mereka sendiri mestinya sudah tahu benar dengan arti kata Kfir tersebut. Lantas apakah kesombonganlah yang membuat mereka menamakan dirinya Kafir (tidak percaya kepada Tuhan) atau alasan lainnya?
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahwa ciri-ciri fisik Dajal, selain bermata satu, di jidatnya juga ada aksara Arab “Ka Fa Ra” atau Kafir. Kafir berarti “Tidak mempercayai”. Dajjal dan para pengikutnya memang tidak percaya pada Allah Swt, karena mereka lebih percaya pada Iblis atau Lucifer. Dihadist lain, Rasul juga mengatakan bahwa Dajjal akan memimpin pasukan yang berjumlah 70,000 pasukan. Dan dihadist lainnya pula disebutkan bahwa Dajjal hanya memiliki satu buah mata. Coba perhatikan gambar :
Jadi benarkah pasukan Dajjal telah muncul? Benarkah kiamat semakin dekat? Wallahua’lam…
lihat gambar ni :

Friday, July 12, 2013

Tuhan, kembalikanlah aku ke dunia !!!

ASSALAMUALAIKUM

Bismillahirrahmanirrahim. pernah tak anda berfikir tentang kematian dan kiamat. kita kena sedar, dunia ini tidak kekal dan kiamat akan menyusul sebentar lagi. AstargfirullahAlaz'azim. kita hidup hanya sekali. tapi kita mensia-siakan kehidupan ini dengan dosa2 besar.

unyuk meninsafkan diri kita, mudah-mudahan diberi hidayah oleh-Nya, mari kita tonton video ini.
semoga dengan video ini, terbuka hati kita untuk bertaubat. saya nak share sikit dengan anda semua . Kita semua kena selalu ingat ALLAH SWT. ingat malaikat maut datang lebih dripada 70 ribu kali sehari utk menyabut nyawa kita dengan izin ALLAH SWT.

Dan apabila ajal mendatang, tiada apa yg dapat kita lakukan. tubuh terbujur kaku. roh dan jasad terpisah. merintih utk dikembalikan sedia kala. tiada amal ibadah lagi yg boleh kita lakukan utk menmbah pahala.
Bayangkanlah wahai kawan2 islamku, bagaimana seksaan kubur? bagaimana rupa titian siratalmustaqim?

mampukah kita melepasinya sehingga ke syurga? macam mana neraka? Ingat, dunia ni memang sebaik-baik MAHA PENCIPTANYA, tapi ia tidak kekal. dunia akan kiamat. bagaimana kiamat kelak. lihatlah ke langit dan bayangkan sesuatu tetntan kiamat dan neraka serta kebesaran ALLAH SWT.

kita akan hidup di alam akhirat utk selama-lamanya. tidak mampu saya bayangkan didalam minda ini. tetapi ketakutannya dapat dirasakan jika kita betul2 membayangkannya. kita tidak akan dihidupkan kembali selepas ini. YAALLAH SWT..

Teringin rasanya hidup tanpa dosa2 besar, namun itu mustahil. tetapi kita boleh berubah. untuk mendapatkan hidayan-Nya kita kena usaha. contohnya, sering berfikir keangungan ALLAH SWT. pejamkan mata anda, dan fikir sedalam-dalamnya.

wallauhua'alam..

KELEBIHAN AMALAN SUNAT DI BULAN RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM


UMAT Islam digalakkan melakukan sebanyak mungkin amalan sunat sepanjang Ramadan untuk mengharapkan ganjaran pahala dan keredaan Allah. Amalan sunat atau disebutkan juga sebagai an-nadbu itu walaupun tidak sampai ke tahap wajib, namun kelebihan mengerjakannya amat besar.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersifat lebih pemurah dan dermawan sewaktu Ramadan. Dalam hal ini, Baginda bersabda yang bermaksud : “Sedekah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Bersedekah yang dituntut adalah kepada golongan miskin, anak yatim dan orang tidak berupaya.
Kelebihan bersedekah juga diterangkan dalam al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud: “Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan pada setiap tangkai pula ada 100 biji. Allah melipatgandakan ganjaran sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261).
Ibadat sedekah juga disebut ibadat yang sentiasa mengurniakan ganjaran pahala walaupun selepas meninggal dunia.
Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Apabila mati seorang anak Adam, maka terputus amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan oleh orang lain dan anak soleh yang mendoakan untuknya. – (Hadis riwayat Muslim).
Ulama, As-Samarqandi dalam Tanbihul Ghafilin menjelaskan beberapa kelebihan diberikan kepada orang yang bersedekah.
Kelebihan itu dikelaskan kepada dua iaitu kelebihan dunia dan akhirat.
As-Samarqaridi menjelaskan bahawa kelebihan di dunia adalah membersih harta dan menyucikan diri, menolak bala serta penyakit, menyenangkan hati orang miskin dan menjadikan harta berkat.
Sementara kelebihan di akhirat adalah menjadi naungan bagi yang bersedekah iaitu meringankan hisab, memberatkan timbangan amal kebajikan, memudahkan seseorang menyeberangi Titian Sirat al-Mustaqim serta meningkatkan kedudukan di syurga.

WALLAUA'ALAM ...


Tuesday, July 9, 2013

Niat puasa bulan ramadhan dalam rumi

ASSALAMUALAIKUM


Niat puasa pada bulan ramadhan

Amalan-amalan sewaktu ramadhan

ASSALAMUALAIKUM

Puasa Ramadan

Selama sebulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib). Selama berpuasa, mereka harus menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu berbuka. Syariat ini diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah dan sejak itu, masyarakat Islam menyambut bulan Ramadan dengan seharian berpuasa.
Orang Islam disunatkan bersahur sebelum berpuasa . Sahur (makan sebelum fajar) membezakan puasa orang Islam dan puasa lain. Semasa berbuka puasa (iftar), disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis serta tidak berlebih-lebihan. Disunatkan juga untuk menjamu orang lain berbuka puasa.

Solat Tarawih

Pada malam harinya, setelah solat Isyak, umat Islam melanjutkan ibadahnya dengan melaksanakan solat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjama'ah di masjid-masjid. Di sesetengah tempat, sebelum pelaksanaan solat tarawih, diadakan ceramah singkat untuk menasihati para jama'ah.

Zakat Fitrah

Zakat fitrah adalah zakat yang dikeluarkan khusus pada bulan Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya Solat Sunat Hari Raya. Setiap individu muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat jenis ini .Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.3kg beras atau senilai dengannya (ijtihad).Bagi tahun berakhir 2007 Masihi/1428 Hijrah dan 2008 Masihi/1429 Hijrah di seluruh negeri Selangor Malaysia, kadar Zakat Fitrah semasa telah ditentukan sebanyak RM5.20 bersamaan 2.70kg beras mentah.

Aidil Fitri

Akhir bulan Ramadan dirayakan dengan sukacita oleh seluruh Muslim di dunia. Pada malam harinya (malam 1 Syawal), yang biasa disebut malam kemenangan, mereka akan mengumandangkan takbir bersama-sama. Esoknya tanggal 1 Syawal, yang dirayakan sebagai Hari Raya Aidil Fitri, semua Muslim baik lelaki mahupun perempuan digalakkan ke masjid untuk melakukan Solat Sunat Hari Raya. Solat dua raka'at ini akan diikuti khutbah mengenai Aidil Fitri.

Peristiwa semasa ramadhan

ASSALAMUALAIKUM


Turunnya al-Qur'an

Para ulama bersetuju bahawa Al-Quran mula diturunkan pada bulan Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahli sunnah wal jamaah menerima bahawa al-Qur'an diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan dan oleh itu 17 Ramadan diperingati sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul Quran) buat pertama kalinya (terdapat juga perbezaan pendapat mengenai perlu tidaknya peristiwa ini dirayakan ). Pada malam tersebut surah Al-‘Alaq ayat 1 hingga 5 diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. sedang berada di Gua Hira. Peringatan peristiwa ini biasanya dilakukan dengan acara ceramah di masjid-masjid.

Lailatul Qadar

Lailatul Qadar (malam ketetapan), adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Malam ini dikatakan dalam al-Qur'an pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan . Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walaubagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.

Lain-lain

Terdapat banyak peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini . Antaranya:
  • 10 Ramadan 8 H: Pembukaan Makkah (630 M)
  • 17 Ramadan 2 H: Perang Badar (624 M)

Maksud Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM


Ramadan adalah merupakan bulan yang ke-9. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:

Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...
surah Al-Baqarah, ayat 185
Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin .

Sebab malaikat tak masuk rumah

ASSALAMUALAIKUM 



Antara Sebab Malaikat Rahmat Tidak Masuk Ke Rumah:

1. Rumah orang yang memutuskan hubungan silaturrahim.

2. Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3. Rumah yang memelihara anjing.

4. Rumah yang banyak menimpan gambar yang mencerca para sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5. Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah.

6. Rumah yang sering meninggikan suara.

7. Rumah yang didiami mereka yang sering syirik kepada Allah seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.

8. Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9. Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok dan penagih dadah.

10. Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11. Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12. Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13. Rumah pemakan riba/interest.

14. Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15. Rumah yang memiliki patung-patung.

16. Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17. Rumah yang didiami peminum arak.

18. Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19. Rumah yang didiami mereka yang dilaknat Allah, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang/rantai di kaki.

20. Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi janabah/junub.

21. Rumah yang melakukan pembaziran (berhias berlebihan).

22. Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.