Sunday, March 31, 2013

Biografi Nabi Muhammad s.a.w

ASSALAMUALAIKUM



NAMA : Muhammad bin Abdullah .
BAPA   : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Murrah .
IBU      : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah .
NENEK SEBELAH BAPA : Fatimah binti umar Al - Makhzumiyah .
NENEK SEBELAH IBU : Burrah binti Abdul Uzza bin Usman bin Abdul Dar bin Qusay bin Murrah .
TARIKH LAHIR : Isnin , sebelum terbit matahari , 12 rabiulawal tahun ke-53 sebelum Hijrah /570 masihi
TEMPAT LAHIR : Makkah Al-Mukaramah berhampiran Bukit Sofa (Rumah Abu Talib)Tempat tersebut telah di bangunkan sebagai perpustakaan Makkah dan masih wujud sehingga kini .
TARIKH DAN TEMPAT DIANGKAT MENJADI NABI : 27 Ramadan tahun ke-13 sebelum hijrah / 609 masihi , Gua Hira , Makkah
JANTINA : Penghulu lelaki
AGAMA   : Penghulu agama Islam
PEKERJAAN 1. Pengembala kambing
                          2. Berniaga(sehingga umur 40 tahun)
                          3. Bertugas secara rasmi sebagai Nabi /Rasul
TANDA ISTIMEWA : Cop kenabian di antara 2 bahu yang sentiasa dinaungi oleh bayangan awan ke mana saja baginda pergi .
SIFAT WAJIB: 1.Shiddiq (Benar)
                        2.Amanah(Dipercayai)
                        3.Tabligh(Menyampaikan)
                        4.Fathonah(Bijaksana)
SIFAT HARUS : 1.Memiliki sifat seperti manusia biasa .
SIFAT-SIFAT : Wajah = Putih bersih berseri atau bercahaya 
                         Mata  = Hitam
                         Rambut = Hitam
                         Ketinggian = Sederhana dan dada bidang
NAMA PENJAGA : Ummu Ainan
NAMA PENYUSU :    1. Tsuwaibah al-Aslamiyah 
                                   2. Halimah bin Dzuaib as-S'diyah
KEISTIMEWAAN : Rahmat sekalian alam
WAFAT : Isnin , sebelum tengahari , 12 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah / 632 Masihi di Madinah

Friday, March 29, 2013

SYIRIK

ASSALAMUALAIKUM

   SYIRIK. Apa maksud SYIRIK? Syirik adalah menyekutukan Allah SWT. untuk pengetahuan kita semua.. syirik nie ada 2 jenis syirik.

  1. Syirik Jali (syirik besar)
  2. Syirik Khafi (syirik kecil)
   Menurut Firman Allah SWT :

قُلْ إِنَّمَآ أَنَاْ بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَى إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـهُكُمْ إِلَـهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَـلِحاً وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا 
    
   "katakanlah (wahai Muhammad) : Sesungguhnya aku hanya seorang manusia seperti kamu,diwahyukan   kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya"

                                 Ingatlah wahai umat Islam, dosa syirik TIDAK DIAMPUN!!!!!!
   Berbalik pada 2 jenis syirik tadi, Syirik Jali merupakan syirik terang ataupun syirik Besar. Ianya tidak akan dilakukan oleh orang yang masih ada IMAN dalam hati kita walau sebesar zarah sekalipun!

   Syirik Khafi pulak adalah syirik kecil. Syirik khafi nie syirik tersembunyi..menurut ulama Arifin,syirik khafi sering dilakukan malahan setiap hari dilakukan oleh kebanyakan orang Islam dalam sedar atau tak sedar. Tahu tak sebab apa syirik nie syirik tersembunyi?

   Sebab ianya tersembunyi dalam hati. tidak diketahui oleh makhluk,manusia . Malaikut pun tak tahu tau. tapi, opkos lah ALLAH SWT mengetahuinya!

Contoh syirik Jali:
  • Menyembah berhala,patung
  • Menyembah matahari,pokok dan seangkatan dengannya
 Contoh syirik Khafi yang selalu kita buat tanpa sedar, ermm, kita selalu atau biasanya cakap mcm nie:
      "perghh, mujarab lah ubat nie. Aku makan terus hilang demam aku dah seminggu tak baik baik"

   Lagi satu contoh yang selalu kita buat melalui percakapan:
       "Huh,nasib baik aku tak naik motor dengan dia tadi. Kalau tak, mesti aku dah terlantar kat hospital sama sama dgn dia" ataupun "Nasib baik aku lalu jalan nie...kalau ikut jalan tu..mesti aku accident mcm dia"

   Dari contoh yang kt atas tu, mesti kita tak perasan kan tu sebenarnya SYIRIK! tak kisahlah syirik besar atau kecil. Sebab dua dua sama saja. Sekarang dah tahu kan? So, marilah berubah! Ucaplah Alhamdulillah jika kita sembuh dari penyakit atau terhindar dari bencana!

                                                KATAKAN NO!!!!! KEPADA SYIRIK!!!


                                        DOA UNTUK BERLINDUNG DARIPADA SYIRIK

 SEKIAN~ DAN SELAMAT BERAMAL :)

TANDA TANDA DATANGNYA HARI KIAMAT

ASSALAMUALAIKUM

   Mengenang kembali perjalanan hidup kita yang sungguh singkat ini, timbul rasa Penyesalan yang amat sangat. Tersedar dari lamunan dan kealpaan,dilekakan oleh dunia yang serba moden dan banyak rintangan ini. Perjalanan di atas muka bumi milik ALLAH SWT ini sangat singkat.

  Terfikir adakah kita sempat untuk bertaubat? masih adakah ruang untuk kita perbaiki kesalahan kesalahan kita? InsyaAllah.dengan izin ALLAH SWT. gunalah masa yang masih ada ini untuk kita memohon keampunan dari-Nya.

  Janji Allah swt itu pasti. Kiamat itu pasti. Tanda2 kecilnya juga telah banyak berlaku sekarang! Ya Allah..ampunkan kami Ya Allah.. Astargfirullahal 'azim. lihatlah video yang tersedia di atas dan muhasabah diri kita..

  Semoga ALLAH SWT mengampunkan dosa dosa kita semua. Amin amin amin Ya rabbal 'alamin...

CUTI PUNYA PASAL!

ASSALAMUALAIKUM


    Cuti cuti cuti! best gilaaa! perghh, bahaya bahaya bahaya sampai gila dah tu. Haha. Okay, entry tgh malam cenggini adalah pasal CUTI or HOLIDAY or SCHOOL HOLIDAY or takdek or dah! eh,sama je kot semua holiday yg dinyatakan diatas tu kan. Cuba korang fikir balik semula, budak sekolah lah kan especially nya, bila time sekolah mintak sgt3 merayu2 cuti.

    But, when the cuti sekolah dtg, mula terhegeh hegeh, merengek rengek mintak nak sekoloh. copp, sekolah!!! Dah macam bayi kecil menangis di tengah malam yg kembung perut and then mak dia sapu minyak yuyi cap limau !!! sedap tuu bau diaaa. The main reason why the student sgt tak kenang budi baik Kerajaan sbb dah bagi cuti.

   Tak habis lagi ayat tadi. okay, sambung. Sebab utama budak sekolah terutamanya budak sekolah menengah upper form nak sgt sgt sgt sekolah kalau dah cuti ialah, kerja sekolah tak siap sebab bila dah cuti, diorang memang sgt sgt menghayati cuti tu!!!! Cuti 2 hari laie nie haa. eh cmno nie?? hehe. Kenapa macamtu? sobab, cuti dah panjang sgt so kerja sekolah pun diabaikan dan dianaktirikan dan cuti dianak kandungkan! hahaha!
                Lihatlah! Mungkin sebegini banyaknya homework kita yang masih belum dilunaskan
   Kalau cuti, buah tangan dari semua cikgu kan banyak. Oh, maklumlah cikgu sayang anak murid. Begitu begini banyaknya kerja dibagi dengan seikhlas hati dan harapan anak murid siapkan kerja! Tapi, kalau tak cuti, kerja sekolah takdek lah menggunung sangat kan. Hmm, dah takleh nak cakap apo lah, cuti 2 hari laie jang oii.

   Takdek pilihan lain, selain done and finish your work as well as you can or you just come to school and copy or tea or teh tarik or sirap bandung kerja yang tak siap from your friend yang baik hati! Tapi, TIDAK DIGALAKKAN. sebab cikgu selalu boleh cam jawapan sama je !!! hahahaha!!!

   Erm, faham tak yang copy or tea or tea tarik and bla bla bla tu? Gini story nya.. dtg sekolah tiru je jwpn orang! tapi tak digalakkan lah. better finish your work by your own self barulah kita tahu kita lemah dekat topik yang mana, right? Yes.... cehhh,,haha..

   Okaylah, selamat kembali ke Sekolah 2 hari lagi! dah macam iklan yg pasaraya buat promosi kembali ke sekolah pulak :D tak kisahlah, tapi cmne lah nak hadap cikgu mgu dopan. TAK SANGGUP!!!

                                                               Hmmmm stresss !!! 

In a nutshell, I pen off this post dengan nasihat.. Jom berjuang untuk siapkan kerja yang tak siap lagi tu. Mereka sentiasa menunggu kita. hahaha!!! Jangan tangguh tangguh kerja.. SEKIAN..

PERPUSTAKAAN

ASSALAMUALAIKUM

    Library atau lebih dikenali as a perpustakaan adalah satu tempat untuk tuntut ilmu.Ini kerana terlalu byk dan bermacam macam dan pelbagai bagai jenis juadah buku yg ado..hehe..tinggal pilih je buku yg berkenan di sanubari dan memikat hati anda..Di Malaysia nie dah byk dah kan perpustakaan nie..dan ramai jugak lah golongan manusia dari pelbagai lapisan umur yg berkunjung ke library nie.

    Mungkin ramai yang lebih senang membaca di perpustakaan kerana situasi nya yang nyaman dan selesa dan juga dilengkapi oleh air-conditioner yg memudahkan korang untuk buang air kecil. hahaha!!
Tekunnya membaca! Membaca amalan mulia!

     Library nie memanglah tmpt sesuai nak study dgn lebih fokus dan nyaman..tapi,hm..bila ada sesetengah orang yang tak ambik kisah langsung pasal peraturan.. rosak terus mood nak study hard sikit kt situ..apalagi.. berambus lah kita dari situ dengan sendirinya! hehehehehe...

    Dalam perpustakaan nie..semua isi kandungan di dalamnya mestilah main peranan masing2.. tapi kekadang ada jugak orang yg suruh orang lain diam tapi dia lebih bising tahap ghaban.. orang kata apa.. " paku dulang paku serpih,cakap orang dia yang lebih".. pepatah ini sudah jelas dan nyata seperti hukum tajwid Izhar holqi.. sikap nie selalunya ditunjukkan dengan sangat terang terangan oleh Pustakawan sekolah! 

      So, marilah kita seiring dan sejalan seindah bunga di taman.. mewujudkan suasanan yg harmoni lagi aman damai dalam sesebuah perpustakaan! patuhilah syarat2 dan peraturan2 di dalam perpustakaan! janganlah kita buat sesuka hati jiwa raga kita nak membuat kebisingan yg sungguh melampau! SEKIAN!!!!!

HUKUM MENYEBUT OH MY GOD!

ASSALAMUALAIKUM



Dah jadi lumrah pemuda pemudi harapan bangsa sekarang nie..suka sangat sebut "OMG" "OMG".. Tu kan semua budaya orang Barat..kita nie orang Timur tambahan pula kita nie orang Islam. Kita sepatutnya tak sebut sebut perkataan yang bukan budaya kita.

 Ikutlah cara kita yang betul,yang benar. Sebutlah Ya Allah.. Subhanallah ke dan yang sama waktu dengannya. Dulu kalau tak silap, isu nie ada dibangkitkan dalam suatu ceramah keagamaan.Tak pun..korang search je kat internet tu haa..mesti ada keluar hukum sebut perkataan tu.

 Ustazah Mashitah ada menyebut bahawa "Sebagai orang Islam kita mestilah basahkan lidah kita dengan menyebut kalimah Allah SWT, bukannya God! sebab, God diertikan sebagai Tuhan.sebab tu lah kawan,kita lebih baik sebut ALLAH SWT berbanding god!!! "

Tapi beliau tak meletakkan hukum haram,halal atau apa2 pun..cuma menerangkan kewajaran umat Islam menyebut ALLAH SWT berbanding god!
Ringan ringankan lah tulang lidah kita untuk menyebut ALLAH SWT.

Semoga kita semua mendapat sedikit pengetahuan tentang perkataan "omg" ini dan berusaha untuk berubah!

SEKIAN


Hukum memakai sanggul tinggi seperti bonggol unta

ASSALAMUALAIKUM 



Cuba anda melihat kesamaan gambar diatas. Apakah? iaitu sanggul yang seperti bonggol unta di padang pasir . Sama x? Lebih kurang jer kan . Kebanyakan perempuan suka atau pun sengaja memakai sanggul dengan tinggi . Ada hadis nabi Muhammad s.a.w yang menyebut bahawa

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا: قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُوْنَ بِهِ النَّاسَ؛ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيْلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُؤُوسَهُنَّ كَأَسْنَمَةِ الْبُخْتِ المْاَئِلَةِ، لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيْحَهَا، وَإِنَّ رِيْحَهَا لَيُوْجَدُ مِنْ مَسِيْرَةِ كَذَا وَكَذَا
Maksudnya: “Ada dua golongan dari penduduk neraka yang aku belum melihat mereka sekarang. (Yang pertama,) suatu kaum yang bersama mereka ada rotan-rotan seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk merotan manusia. (Yang kedua,) para wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang, mereka miring lagi membuat orang lain miring. Kepala-kepala mereka seperti bonggol unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wangi syurga, padahal wanginya boleh tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian’.” (riwayat Imam Muslim no. 5547)
Di dalam hadis di atas, bukan larangan sanggul yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad s.a.w apabila menyebutkan “kepala-kepala mereka seperti bonggol unta yang miring”, akan tetapi tujuan sanggul itu dibuat iaitu untuk menarik perhatian orang lain kepada mereka di samping mereka mendedahkan sanggul itu untuk diperlihatkan kepada orang ramai. Ini dapat kita fahami dari keadaan mereka yang disifatkan Nabi Muhammad s.a.w dalam ungkapan sebelumnya  “berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang, mereka miring lagi membuat orang lain miring.

Jadi kita tahu hukumnya adalah HARAM! so aper yang kaum hawa perlu buat? kaum hawa janganlah memakai sanggul seperti bonggol unta . Kalau nak jadi unta buatlah! Jadi kepada kaum adam nasihatilah kaum-kaum hawa di dalam keluarga anda atau bini, awek korang kalau korang taknak diorang kena seksa kat akhirat kelak.

KALAU TERASA TOLONG LAH BERUBAH ! 
 

Kod rahsia blackberry


ASSALAMUALAIKUM



Kod Rahsia BlackBerry berfungsi untuk memaparkan maklumat atau mengaktifkan ciri tersembunyi pada handphone BlackBerry anda dan cukup banyak kod-kod tersembunyi BlackBerry yang mungkin dapat mengoptimumkan pencarian maklumat mahupun meningkatkan fungsi pada BlackBerry anda . Tidak semua jenis BlackBerry menyokong kod ini , tetapi kebannyakannya boleh .SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA BLACKBERRY ANDA MENGALAMI KEROSAKAN ...Berikut adalah beberapa kod rahsia pada Blackberry yang mungkin anda nak tahu --->



Tekan  :  ALT-N-M-L-L
• Fungsi:   Menunjukkan kekuatan isyarat dalam dBm (bukan 'bar').
 


Tekan : ALT-V-A-L-D  > dalam buku alamat
berfungsi: Semak data yang tidak konsisten dalam buku alamat.
 


 Tekan :  ALT-R-B-L-D> dalam buku alamat
Fungsi: Susun semula struktur data dalam buku alamat.


Tekan :  ALT-Shift belah kanan-Del
Fungsi: restart, serupa dengan 'tarik bateri'.

 
Tekan  : ALT-Shift-kiri-H
• Fungsi: Menunjukkan maklumat penting teknikal.(Help Me!)
 



Tekan : ALT-R-B-V-S> dalam browser
Fungsi: Menunjukkan source kod, dari laman web

  
Tekan : ALT-L-G-L-G
• Fungsi:
Untuk memaparkan semua log aktiviti BlackBerry (boleh juga untuk membersihkan data log BlackBerry)(event log) 


Ini adalah sedikit kod yang saya dapat kongsikan kepada anda semua . Sesiapa yang ada bbm tu bagilah no pin ;) hahaha. 

SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA BLACKBERRY ANDA MENGALAMI KEROSAKAN ! HARAP MAKLUM ..SEKIAN TERIMA KASIH :)





Thursday, March 28, 2013

Waktu mustajab untuk berdoa

ASSALAMUALAIKUM


Sebagai orang beragama Islam, DOA adalah Senjata Kita! apa sahaja yang kita minta dari Allah SWT semua melalui Doa. Antaranya doa dalam solat 5 waktu yang kita lakukan siang dan malam, dalam kelas semasa nak mulakan sesi pembelajaran dan sebagainya. kalau korang nak tahu, ada masa masa yang dimustajabkan doa. waktu yang dimustajabkan doa ialah..



  1. Waktu antara azan dan qamat
  2. Pada hari jumaat
  3. Pada dua pertiga malam(antara pukul 3 pagi)
  4. Saat kita mendoakan orang lain
  5. Pada ketika sujud
  6. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa
  7. Doa selepas solat fardhu
  8. Ketika Lailatulqadar
  9. Ketika Hari Arafah
  10. Ketika Hujan
Doa adalah senjata umat Islam :)


1)Waktu antara azan dan iqamat
-Antara azan dan iqamat ada satu saat dimustajabkan doa. sebabtu, kita mesti memperbanyakkan doa pada waktu itu.

 2)Pada hari Jumaat
-Di dalam hadis Nabi s.a.w telah menyatakan pada hari Jumaat ada waktu mustajab untuk berdoa..iaitu pada sesudah ASAR.

3)Pada dua pertiga malam
-Di dalam sebuah hadis Nabi s.a.w menyatakan bahawa "Tuhan kami Tabaraka wa Taala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika sepertiga malam terakhir.Pada saat itu Allah berfirman,"Sesiapa yang memohon pada-Ku,pasti aku memberikannya,sesiapa yang meminta ampun pada-Ku pasti Aku mengampunkan baginya." Subhanallah!!
                                                         
  4)Saat kita mendoakan orang lain
-Di dalam satu hadis menyatakan bahawa: "Doa seorang Muslim pada saudaranya di belakangnya adalah yang dimustajabkan.Di sisi kepalanya ada malaikat yang diwakilkan.Setiap kali seseorang berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan, maka berkata malaikat yang mewakilkan 'AMIN' dan bagi kamu seperti itu. 

5)Ketika Sujud
-Ketika solat, saat yang paling disukai Allah adalah ketika SUJUD. Pada ketika itu, Nabi s.a.w menganjurkan kita supaya banyakkan doa.

 6)Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa 
 -Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. (HR Ibnu Majah)


7)Doa selepas solat fardhu 
-Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu (HR Al-Tirmizi)


8)Ketika Lailatulqadar
-Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w:-Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu saya baca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .(HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )

                                                            9)Ketika Hari Arafah
-Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi s.a.w bersabda-Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)



10)Ketika Hujan 
-Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340)


Maka jelaslah disini bahawa Umat Islam perlu memperbanyakkan doa dalam kehidupan seharian kita.Amalkanlah waktu2 mustajabnya doa ini!


SEMOGA DOA DOA KITA DIPERKENAN OLEH ALLAH S.W.T , AMIN YA RABBAL ALAMIN..

Wednesday, March 27, 2013

Solat sunat tahajjud dan cara mendirikannya

ASSALAMUALAIKUM





Solat tahajjud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur , walaupun tidur sebentar . waktunya antara isyak smpai subuh . Waktu utama dari jam satu sampai subuh . Jumlah rakaat tidak terbaras , paling kurang dua rakaat. Jadi cara melakukan hendaklah tiap dua rakaat dengan satu salam . Banyak ganjaran yang diperolehi bila selalu mendirikan solat tahajjud . Antara lain mudah mendapat rezeki dan doa dimakbulkan ALLAH s.w.t .


Firman Allah SWT.:

17:79
 Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)

Tujuan Solat Tahajjud

  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.



Kelebihan solat sunat tahajjud

.
    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.




Cara-cara mendirikan solat sunat tahajjud


1. Doa sebelum solat sunat tahajjud

 "Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali."


  2.Niat solat sunat tahajjud

 
 
(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.


3.Baca Surah Al-Fatihah




4.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah


      a)Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi  (7 kali)
 
 
                             Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas  (11 kali)

Atau;


b)Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun



Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas




Atau;


c) 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)

 

 

4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali

http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/06/doa-sujud-akhir-tahajud.jpg 

5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini
http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/06/doa-selepas-salam-tahajjud-sq.png 

6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut


 

Maksudnya:

“Ya Allah, Ya Tuhan, bagi Mu segala puji dan pujian. Engkau Raja di Raja. Seluruh langit, bumi, dan segenap isi dan penghuninya, kepunyaan Mu semata. Engkau mengatur semuanya dengan sempurna, tiada suatu pun yang ketinggalan. Engkau Haq dan nyata. Janji Mu tepat. Pasti kita bertemu dengan Engkau. Kata-kata Mu benar. Kenyataan syurga dan neraka, kesejahteraan dan kesengsaraan tidak dapat disanggah. Kebenaran para Nabi dan Muhammad S.A.W tidak dapat pula dibantah. Tuntutan tanggung jawab, perhitungan neraca dan hari pembalasan, pasti tiba saatnya. Ya Allah, Ya Tuhan, aku meyerah dan tunduk pada Mu, beriman dan yakin akan Engkau. Bertawakkal pada Mu. Di pihak Mu aku berdiri dan pada Mu aku bertahkim. Maka ampunilah kelalaian ku dan tutupilah kelemahan ku, baik yang lampau, mahupun yang kini dan yang mendatang, yang lahir dan batin serta yang Engkau lebih tahu daripadaku. Engkau yang memajukan dan Engkau pula yang memundurkan. Dan tiada Tuhan selain Engkau. Serta tiada helah mahupun kekuatan kecuali dengan Mu jua.”



Memudahkan Bangun Solat Malam

.
  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)