Tuesday, March 26, 2013

Kesalahan-kesalahan wanita tentang aurat


ASSALAMUALAIKUM



"Wanita adalah perhiasan dan seindah hiasan adalah wanita solehah"


Salah satu perkara wajib yang di perintahkan  oleh Allah SWT kepada  para hamba-Nya adalah menutup aurat. Di dalam al-Quran surah a-Nur ayat 31 dan surah al-Ahzab ayat 59 jelas menyatakan kewajipan menutup aurat untuk wanita muslim yang telah sampai akil baligh. Ramai wanita2 islam yang menutup aurat dengan tidak sempurna .

Terdapat beberapa kesilapan wanita  tentang aurat :

contoh kesalahan-kesalahan orang islam yang menutup aurat

Pertama : Wanita menganggap aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

Kedua : Bertudung tetapi ber' T-Shirt' berlengan pendek.

Ketiga : Bertudung tetapi baju kebayanya terbelah kainnya.

Keempat : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

Kelima : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

Keenam : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

 Ketujuh : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

Kelapan : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Kesembilan :Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.


Kesepuluh : Memakai baju kurung tetapi dipergelangan tangan tidak dipinkan hingga menampakkan kulit lengan.



Ini adalah contoh-contoh menutup aurat yang haram di sisi islam .Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.


"Hendaklah mereka(perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka"petikan dari surah AN-NUR ayat 31


contoh menutup aurat cara islam
INGATLAH WAHAI KAUM HAWA BAHAWA MENUTUP AURAT ITU ADALAH WAJIB DAN KITA PERLU MENUTUP AURAT BUKANNYA MEMBALUT AURAT !