ASSALAMUALAIKUM
Syaaban adalah bulan Rasulullah s.a.w. Bersabda baginda yang maksudnya,
"Dinamakan dengan Syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di
dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak."
1.Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.
2.Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.
3.Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya
maka Allah akan menuliskannya baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala
beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia
akan mendapat pahala mati syahid.
4.Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun
mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa,
berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al -Quran dan sebagainya maka
Allah kan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak
akan ditolak.
5.Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu Syaaban
ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir,
tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina,
pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka
yang memutuskan tali silaturrahim.
6.Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang
Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku
catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru
akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
No comments:
Post a Comment