Friday, March 29, 2013

Hukum memakai sanggul tinggi seperti bonggol unta

ASSALAMUALAIKUM 



Cuba anda melihat kesamaan gambar diatas. Apakah? iaitu sanggul yang seperti bonggol unta di padang pasir . Sama x? Lebih kurang jer kan . Kebanyakan perempuan suka atau pun sengaja memakai sanggul dengan tinggi . Ada hadis nabi Muhammad s.a.w yang menyebut bahawa

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا: قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُوْنَ بِهِ النَّاسَ؛ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيْلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُؤُوسَهُنَّ كَأَسْنَمَةِ الْبُخْتِ المْاَئِلَةِ، لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيْحَهَا، وَإِنَّ رِيْحَهَا لَيُوْجَدُ مِنْ مَسِيْرَةِ كَذَا وَكَذَا
Maksudnya: “Ada dua golongan dari penduduk neraka yang aku belum melihat mereka sekarang. (Yang pertama,) suatu kaum yang bersama mereka ada rotan-rotan seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk merotan manusia. (Yang kedua,) para wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang, mereka miring lagi membuat orang lain miring. Kepala-kepala mereka seperti bonggol unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wangi syurga, padahal wanginya boleh tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian’.” (riwayat Imam Muslim no. 5547)
Di dalam hadis di atas, bukan larangan sanggul yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad s.a.w apabila menyebutkan “kepala-kepala mereka seperti bonggol unta yang miring”, akan tetapi tujuan sanggul itu dibuat iaitu untuk menarik perhatian orang lain kepada mereka di samping mereka mendedahkan sanggul itu untuk diperlihatkan kepada orang ramai. Ini dapat kita fahami dari keadaan mereka yang disifatkan Nabi Muhammad s.a.w dalam ungkapan sebelumnya  “berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang, mereka miring lagi membuat orang lain miring.

Jadi kita tahu hukumnya adalah HARAM! so aper yang kaum hawa perlu buat? kaum hawa janganlah memakai sanggul seperti bonggol unta . Kalau nak jadi unta buatlah! Jadi kepada kaum adam nasihatilah kaum-kaum hawa di dalam keluarga anda atau bini, awek korang kalau korang taknak diorang kena seksa kat akhirat kelak.

KALAU TERASA TOLONG LAH BERUBAH ! 
 

No comments:

Post a Comment