Friday, March 29, 2013

SYIRIK

ASSALAMUALAIKUM

   SYIRIK. Apa maksud SYIRIK? Syirik adalah menyekutukan Allah SWT. untuk pengetahuan kita semua.. syirik nie ada 2 jenis syirik.

  1. Syirik Jali (syirik besar)
  2. Syirik Khafi (syirik kecil)
   Menurut Firman Allah SWT :

قُلْ إِنَّمَآ أَنَاْ بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَى إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـهُكُمْ إِلَـهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَـلِحاً وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا 
    
   "katakanlah (wahai Muhammad) : Sesungguhnya aku hanya seorang manusia seperti kamu,diwahyukan   kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya"

                                 Ingatlah wahai umat Islam, dosa syirik TIDAK DIAMPUN!!!!!!
   Berbalik pada 2 jenis syirik tadi, Syirik Jali merupakan syirik terang ataupun syirik Besar. Ianya tidak akan dilakukan oleh orang yang masih ada IMAN dalam hati kita walau sebesar zarah sekalipun!

   Syirik Khafi pulak adalah syirik kecil. Syirik khafi nie syirik tersembunyi..menurut ulama Arifin,syirik khafi sering dilakukan malahan setiap hari dilakukan oleh kebanyakan orang Islam dalam sedar atau tak sedar. Tahu tak sebab apa syirik nie syirik tersembunyi?

   Sebab ianya tersembunyi dalam hati. tidak diketahui oleh makhluk,manusia . Malaikut pun tak tahu tau. tapi, opkos lah ALLAH SWT mengetahuinya!

Contoh syirik Jali:
  • Menyembah berhala,patung
  • Menyembah matahari,pokok dan seangkatan dengannya
 Contoh syirik Khafi yang selalu kita buat tanpa sedar, ermm, kita selalu atau biasanya cakap mcm nie:
      "perghh, mujarab lah ubat nie. Aku makan terus hilang demam aku dah seminggu tak baik baik"

   Lagi satu contoh yang selalu kita buat melalui percakapan:
       "Huh,nasib baik aku tak naik motor dengan dia tadi. Kalau tak, mesti aku dah terlantar kat hospital sama sama dgn dia" ataupun "Nasib baik aku lalu jalan nie...kalau ikut jalan tu..mesti aku accident mcm dia"

   Dari contoh yang kt atas tu, mesti kita tak perasan kan tu sebenarnya SYIRIK! tak kisahlah syirik besar atau kecil. Sebab dua dua sama saja. Sekarang dah tahu kan? So, marilah berubah! Ucaplah Alhamdulillah jika kita sembuh dari penyakit atau terhindar dari bencana!

                                                KATAKAN NO!!!!! KEPADA SYIRIK!!!


                                        DOA UNTUK BERLINDUNG DARIPADA SYIRIK

 SEKIAN~ DAN SELAMAT BERAMAL :)

No comments:

Post a Comment