Monday, May 6, 2013

CARA NAK ELAKKAN SIKAP RIAK..

ASSALAMUALAIKUM

   Semulajadi fitrah manusia pasti ada rasa show off atau riak. Tak sah kalau tak riak. Memang hati kekadang ikhlas sangat nak buat sesuatu perkara. Tapi kekadang kita tak sedar yang kita dah ada niat nak menunjuk-nunjuk pada orang lain.

   Sikap riak ni tak baik. Tak mendatangkan faedah pun kalau kita buat. Dapat dosa free je kan. Okay, so eloklah kita jauhkan diri kita daripada perasaan riak ni. Jangan buat sesuatu kerja dengan harapan akan ada lemparan kata-kata pujian dari orang. Jangan mengharap kan balasan dari orang lain. Ingat tu!

  Korang tak pernah jumpa orang riak ke? Serius? okay ni ha ade contohnya :-


   Diorang yang dekat atas tu contoh perbuatan riak.Selalu memperbesarkan diri sendiri pada orang lain.Jangan amalkan! contoh lain kat bwh ni haaa :-


  Tadaa!!! Tu contoh riak. Tapi gambar jelas. Just amik dekat google image. Tak boleh nak baca tulisan dia. tapi tengok raut wajah orang yang bertudung biru tu. Tu riak lah tu.

  Okay. ada beberapa tanda-tanda orang yang riak :-


#Dia malas jika berada seorang diri..
#Dia rajin jika berada di tengah orang ramai..
#Dia akan melakukan lebih banyak kerja setelah dipuji..

   Ni pulak contoh gambar orang yang riak dalam solat :-




    Berbalik pada tajuk, cara nak elakkan perasaan riak ialah :-

# Banyakkan ingat tuhan, kelemahan diri dan diri kitahidup sementara, banyak berkawan dengan orang salih menghadiri majlis ilmu.

# Bersikap sederhana dalam kehidupan seharian.

# Tetapkan niat di dalam hati bahawa segala perkara yang dilakukan hanya kerana Allah SWT.

# Baca bismillah sebelum melakukan pekerjaan.

# Jangan selalu melihat diri sendiri di cermin. ini boleh menimbulkan rasa diri anda hebat.

   Itu sahaja yang ingin dikongsi harini. semoga dijadikan suatu perkara yang bermanfaat.
Sentiasa beringat, RIAK BOLEH MENGGUGURKAN AMALAN SESEORANG!

Wallahua'alam..

No comments:

Post a Comment