Saturday, April 27, 2013

HUKUM MENCUKUR BULU KENING

ASSALAMUALAIKUM


Mulakan entry tengahari ini dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Okay, seperti yang dinyatakan di atas, Hukum Mencukur Bulu Kening. Korang semua ada bulu kening kan kan kan?! Tapi tak ramai yang tahu menghargai nikmat Allah SWT kan. Kasihan -,- Hm okay, apa yang diorang buat sampai dikatakan tak hargai nya? 

Jawapannya, diorang mencukur bulu kening! Konon nak ikut peredaran zaman lah katakan. Konon nak cantik menarik ketarik kau memang De-boommm sangattt. Tapi, mereka tak tahu sebenarnya apa hukum nya bila kita orang Islam cukur atau menipiskan atau meng-repair diorang punya kening nak bagi halus dan mulus macam tagline Harith Iskandar. Halusss (-___-)

Hukum nyaaa adalahhhhhhhhh Haram ibu-ibu kakak kakak sekalian. Ustazah juga turut berkata masa dalam kelas Pendidikan Islam haritu. Kata dia, orang yang cukur bulu kening atau lebih senang cerita orang yang mengubah ciptaan Tuhan adalah dosa besar. Tak cium bau syurga. That's all for today. Semoga sama-sama kita berubah ke jalan yang lebih baik.

Wallahu'alam..

Assalamualaikum..

Selamat makan tengahari dan ucap Alhamdulillah dengan rezeki hari ini. Selemat mendirikan solat Fardhu Zohor juga. Hehehe :) Sekian.

MENIRU MENIRU DAN MENIRU !

ASSALAMUALAIKUM



MENIRU BUKAN DARIPADA KALANGAN KITA

Sekadar untuk penelitian bersama. Masih ada dikalangan segelintir pelajar-pelajar Islam yang menyatakan : 

"Boleh je kita meniru dalam peperiksaan, kerana sistem peperiksaan adalah ciptaan kaum Barat, apatah lagi soalan susah sangat, so.. tiada masalah kalau meniru sekalipun, apa yang kita dapat pun lepas ni hanyalah sijil yang berunsurkan keduniaan, apa yang penting adalah ilmu di dada, bukan sijil yang menjadi target dan tujuan utama"

Syeikh 'Atiah Saqar dalam fatwanya ada menyatakan, telah disepakati oleh jumhur Ulama’bahawa jenis perbuatan meniru,menipu,  memperdaya, memalsu, memanipulasi, mengkhianati adalah perbuatan HARAM disisi Islam. Ini adalah hukum secara umum atas perbuatan tersebut dan tergolong mereka dalam perbuatan dosa kerana ianya bukan daripada pengamalan dan pengajaran Islam.
Perihal tersebut berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. :

"من غشنا فليس منا " 

Maksudnya : “Sesiapa yang meniru daripada kami (kalangan umat Muhammad) maka mereka itu bukan daripada kami”. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Maka tidak boleh diterima hujah bagi mereka yang menyatakan : 

" صعوبة الإمتحان مبرر الغش "

(Susahnya soalan peperiksaan membenarkan alasan untuk meniru).

Ianya bertentangan dengan konsep Islam kerana islam mengajar umatnya untuk sentiasa berusaha dan berikhtiar dalam segenap perkara untuk mencari kejayaan dunia dan akhirat.

Firman Allah : 

 " إنا مكنا له في الأرض وآتيناه من كل شيء سببا فأتبع سببا "


“Sesungguhnya Kami telah memberikannya kedudukan (kehidupan) dibumi, oleh itu kami telah menyediakan jalan (sebab musabbab untuk mencapai) setiap sesuatu, maka tempuhi ia jalan tersebut (dengan usaha dan ikhtiar makhluk)”. (Surah al-Kahfi : 84-85)


TUJUAN TIDAK MENGHALALKAN CARA

Istilah dan kaedah " الغاية تبرر الوسيلة " (Tujuan menghalalkan cara) adalah kaedah fasid(tidak boleh diterima). Bahkan itu adalah antara modus operandi jahat yang dicipta oleh"The Elders of Zions" (melalui Protokol Zionis yang Pertama) sebagaimana penaklukan bumi Palestin walaupun dengan menyembelih banyak nyawa, merobohkan rumah kediaman awam, membinasakan tanam-tanaman sesuka hati sejak zaman berzaman. Adapun wasilah(jalan) kepada kepada sesuatu tujuan itu hendaklah mengikut syariat dan manual yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Perbuatan meniru dalam peperiksaan walau daripada mana cara sekalipun dianggap sebagai satu kerosakan yang dilakukan kepada diri sendiri kerana terabainya amanah yang perlu ditunai sebaiknya. Setiap individu pelajar itu adalah amanah kepada keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan Islam itu sendiri.

Firman Allah : 

إنا عرضنا الأمانة على السماوات والأرض والجبال فأبين أن يحملنها
 وأشفقن منها وحملها الإنسان إنه كان ظلوما جهولا "

“Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanah itu kerana takut tidak mampu melaksanakannya, lalu dipikullah amanah itu oleh manusia, sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan jahil” . (Surah al-Ahzab : 72)

PEPERIKSAAN SEBAGAI PROSES TAPISAN

Alasan dan tujuan diperkenalkan peperiksaan dalam system pengajian adalah sebagai tapisan untuk menilai potensi dan kesungguhan pelajar dalam proses menuntut ilmu. Lebih-lebih lagi untuk melihat siapakah mereka yang benar-benar bersungguh mencapai kejayaan disisi Allah.

Firman Allah : 

" أم نجعل الذين آمنوا وعملوا الصالحات كالمفسدين في الأرض
 أم نجعل المتقين كالفجار "
“Patutkah Kami memperlakukan orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan sama dengan orang yang melakukan kerosakan dimuka bumi? Atau patutkah Kami menganggap mereka yang bertaqwa sama dengan mereka yang jahat?” (Surah Sad : 28)

Firman Allah : 

" قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون "

“Katakanlah (Muhammad) Adakah sama mereka yang berilmu dengan mereka yang tidak berilmu?” (Surah al-Zumar : 9)


ILMU ADALAH CAHAYA ALLAH

Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya daripada Allah, maka cahaya tidak boleh memberi kesan kepada hati-hati mereka yang kotor dengan maksiat kepada-Nya sebagaimana ungkapan Syair yang masyhur daripada Imam Syafie :

“ Aku mengadu kepada Imam Waqie’ tentang buruknya hafalan aku..
Lalu beliau tunjukkan aku jalan untuk aku tinggalkan maksiat..
Maka beliau mengkhabarkan padaku bahawa Ilmu itu adalah cahaya daripada Allah..
Adapun cahaya Allah itu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada 
mereka yang lakukan maksiat ”

Maka sesiapa yang mencari cahaya Allah tersebut hendaklah menelusuri dengan cara yang betul dan penuh mujahadah (kesungguhan). Justeru itu, Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal atas usaha yang ditunjukkan.

Firman Allah : 

" والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا وإن الله لمع المحسنين "


“Mereka yang bersungguh-sungguh (bermujahadah mencari Redha Allah), Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, sesungguhnya Allah bersama mereka yang berbuat kebaikan”. (Surah al-Ankabut : 69)

Berbahagialah bagi mereka yang bersungguh-sungguh dalam usaha mencapai kejayaan.

Ilmu mampu didalami sebagai intipati ajaran Islam dan sijil mampu digapai sebagai medium penyampaian dakwah kelak. 

Wallahu’alam



AURAT ORANG ISLAM DENGAN ORANG BUKAN ISLAM

ASSALAMUALAIKUM


Baru-baru ni, adalah terdengar seorang Ustazah ni berkata bahawa aurat seorang muslimah dengan orang bukan islam (perempuan) adalah sama seperti aurat seroang perempuan islam dengan orang yang bukan mahram nya.

Mungkin ada yang tidak mengetahuinya. Al-Maklumlah, bukan semua kita tahu kan. So, Pembelajaran dalam class amat-amatlah penting. Maka nya, janganlah ponteng. RUGI! Banyak ilmu yang kita terlepas nanti. Ye dok? Ya.. haha

Okey, kita U-Turn kepada topik kita pada malam yang nak hujan ni kan.. mungkin sesetengah daripada kita yang tak tahu fakta ini. Reaksi? Huh :O Yeke? Haa?? eaa?? Haa, tu contoh. Maaf kalau tersilap :)

Jawapan daripada reaksi diorang tu, Ya! aurat kita dengan orang bukan islam seperti yang dinyatakan di atas  sana adalah sama dengan aurat kita dengan seorang lelaki yang boleh kita kahwini. Korang pernah tak terfikir, Kenapa tak pernah ada Kedai Gunting Rambut Islam.

Contohnya, semua pekerja dia Islam. Hok yang gunting rambut Islam. Hok yang jaga kaunter bayaran pun Islam. Hok sapu sapu sampah pun Islam. Soalan ni dah menumpuk dan berlaga laga dalam kotak fikiran ni. Kotak ni dah sempit dan teramat padat dengan soalan Why?! Why?! kenapa tak pernah orang lain fikir???

Takpelah, at least kita dah tahu kan tentang fakta ini. So, jagalah aurat kita dengan mereka :)

Assalamualaikum. Bukan nak mengajar, tapi diri ini masih belajar lagi. Kita berkongsi ilmu sahaja.

BERSEMBANG ATAU MENGUMPAT ???

ASSALAMUALAIKUM


Mengumpat maksudnya bercerita tentang keburukan dan kelemahan seseorang kepada orang lain. Atau lebih senang maksudnya Membuka AIB orang.



Rasulullah S.A.W pernah bersabda :
" mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya."
(Hadis Riwayat Muslim)
 Dan hukumnya adalah haram di sisi Allah SWT. 
Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
"Wahai orang yang beriman ! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan ( supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang ) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari - cari kesalahan dan keaiban orang lain dan jangan sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? ( Jika demikian keadaan mengumpat ) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. ( Oleh itu, patuhilah larangan yang tersebut ) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani "
(Surah al-Hujurat atat 12) Sesungguhnya pengharaman mengumpat itu jelas di dalam Al-Quran kerana ianya boleh menjatuhkan maruah seseorang (orang yang diumpat) di samping boleh membawa kepada kemudharatan yang besar iaitu boleh membawa kepada bahaya fitnah dan merupakan suatu pembohongan sekiranya perkara yang menjadi umpatan itu sedikit pun tidak ada kebenarannya atau tidak ada pada orang yang diumpat. 
Sabda bagindaa lagi di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ­radhiyallahu 'anhu;
"Rasulullah bertanya, "Adakah kamu tahu apa itu ghibah?", mereka berkata : Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda berkata : "Engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya". Dikatakan : Beritahukanlah kepadaku, bagaimana sekiranya ada pada saudaraku itu apa yang aku katakan? Baginda berkata : "Sekiranya ada padanya apa yang kamu katakan, maka kamu telah mengumpatnya, jika tiada padanya apa yang kamu katakan maka kamu telah memfitnahnya"
(Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Darimi, Ahmad dan Ibn Hibban)
Keharusan Mengumpat
Walaupun pada asal hukum mengumpat adalah haram, namun ianya juga menjadi harus bagi kita dalam keadaan yang tertentu. Di dalam kitab Riyadus Solihin iaitu karangan kitab oleh Imam Nawawi, terdapat 6 keuzuran yang diharuskan padanya mengumpat.
1- Kes Penganiayaan.
Apabila seseorang dizalimi sebagai contohnya seorang isteri yang dizalimi oleh suaminya, maka menjadi keharusan kepada si isteri untuk menceritakan keaiban dan keburukan yang dilakukan oleh suaminya ke atas dirinya kepada pihak pemerintah. Hal ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah dan sebagai bukti bahawa kezaliman itu memang berlaku
2- Mohon Bantuan Mencegah Kemungkaran.
Apabila di dapati berlakunya kemungkaran, kemudian melaporkannya kepada pihak yang berkuasa dengan tujuan/ niat untuk mencegah kemungkaran yang ada, maka diharuskan untuk orang yang mengadu menceritakan kemungkaran yang dilakukan. Sebagai contoh dia mengatakan " Si polan telah melakukan maksiat begitu begini, maka tegahlah dia agar tidak berlaku kemudaratan yang berpanjangan".
3- Minta Fatwa.
Diharuskan juga menceritakan keaiban orang dengan tujuan meminta fatwa sepertimana Hindun meminta fatwa kepada Rasulullah SAW perihal suaminya yang kedekut. 
4- Mengajak Muslimin Agar Bersikap Berhati-hati.
Tujuan menceritakan keburukan orang yang tertentu adalah semata-mata untuk kemaslahatan orang lain agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya contohnya seperti mendedahkan kepalsuan seorang yang pura-pura alim atau pembawa ajaran sesat supaya orang ramai mengetahui hakikat dirinya yang sebenar. Begitu juga, mendedahkan penyelewengan seorang pemimpin dalam mentadbir rakyat kepada orang yang berkuasa melantiknya agar mereka tidak tertipu untuk terus memberi kuasa kepadanya.
5- Jika Melakukan Maksiat dan Bid'ah Secara Terang-terangan.
Jika seseorang itu melakukan maksita dan bid'ah secara terang-terangan, maka menjadi harus hukum mengumpat tentangnya. Dengan syarat diniatkan keharusan mengumpat itu agar tidak mudah tertipu dan supaya kaum muslimin yang lain sentiasa berwaspada dengannya. Walau bagaimana pun tidak boleh menceritakan keburukannya yang tersembunyi.
6- Sebagai Tanda Pengenalan.
Dibolehkan dengan syarat tidak bertujuan untuk menghina dan merendahkan orang yang dinyatakan seperti mila jongang, mamat tempang. Andaikata hanya dengan gelaran-gelaran tersebut menjadikan orang lebih mengenalinya, maka diharuskan menceritakan kekurangannya. 

Kesimpulannya, walaupun terdapat beberapa situasi yang dibolehkan mengumpat, namun perlulah kita ingat ianya juga bersandarkan kepada niat kita. Sekirannya niat kita lebih cenderung kepada menceritakan keaiban dan kekurangan orang lain, boleh jadi ianya jatuh kepada mengumpat. Dan ketahuilah sesungguhnya mengumpat itu adalah haram dan setiap yang haram itu padanya dosa.
Jauhilah mengumpat wahai umat Islam, kerana realitinya kita hanyalah hamba yang lemah untuk lari daripada melakukan perbuatan terkutuk itu. Jangan sampai amalan kita terlepas kepada orang yang diumpat. Tidak  pernah merugi bagi mereka yang menutup keaiban orang lain. Cukuplah sekadar mendengar jika memang keadaan tidak mengizinkan untuk kita lari dari tempat mengumpat itu.
Sesiapa yang memelihara lidahnya ( tidak menceritakan keburukan orang lain ), Allah akan menutup kecelaannya di akhirat nanti, Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan lindungi daripada seksaanNya. Bersama - samalah kita hindari perbuatan mengumpat ini dari masa ke semasa kerana
Rasulullah pernah bersabda :
"Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya ! Janganlah kamu mengumpat kaum muslimin dan janganlah kamu mengintip - intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, Allah akan mengintip keaibannya dan Dia akan mendedahkannya, meskipun berada dalam rumah sendiri "
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ahmad dan al - Tarmizi)
Wallahu Anta A'lam
-credit to  iluvislam.com :)




Tuesday, April 23, 2013

Cara tukar video ke mp3 di Youtube

ASSALAMUALAIKUM


Hari ini saya ingin menunjukkan cara2 untuk menukar video youtube ke mp3 . Dengan cara ini anda boleh download lagu2 di youtube ke mp3 . Dengan begitu mudah.. Jangan lupa download benda2 yang berfaedah seperti zikir.




Langkah 2 .. lepastu tekan download ...


Langkah 3 .. lepastu kalau die suruh download benda nie download jer.kalau die tak suruh download ..terus kan 


Langkah 4 .. Lepastu tekan lah installer FreeYouTubeToMP3Converter

Langkah 5 .. cara-cara nak gunakannya ... firstly .. pergi kat youtube.. copy url die 

Langkah 6 .. paste url die kat converter tadi . 


Langkah 7 .. lepastu tekan 


Langkah 8 .. Tekan dan cari lagu yang anda download dan  dengar lagu anda :) .. selamat mencuba kawan2.. kalau tak tau sila komen kat bawah :)

Monday, April 22, 2013

Cara memakai serban

ASSALAMUALAIKUM



Hari ini saya ingin menunjukkan cara-cara memakai serban . Serban adalah pakaian Rasullullah s.a.w .. Jadi memakai serban adalah sunnah . Ada hadis mengenai fadhilat memakai serban . Rasullulah s.a.w bersabda : “Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x solat yang tidak memakai serban dan solat jumaat dengan memakai serban menyamai 70x Jumaat tanpa memakai serban” H.R.Ibn’Asakir .


 video ini diambil secara rambang di youtube.
 

 Kalau ada salah silap maaf dipinta :)

Thursday, April 18, 2013

Kelahiran tamadun dan perkembangannya



 ASSALAMUALAIKUM


KELAHIRAN TAMADUN



 tamadun merujuk kepada pencapaian sesuatu bangsa dari segi lahiriah dan rohaniah, tamadun mula berkembang selepas penciptaan sistem tulisan. Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan faktor alam persekitaran dan perkembangan teknologi pada tahap Neolitik telah memberi sumbangan kepada pembentukan masyarakat bertamadun.

     Tamadun awal bermula di Sumeria sekitar 3500 S.M. dan diikuti oleh tamadun Mesir Purba pada 3300 S.M, tamadun Indus dan diikuti tamadun Hwang Ho.

  

PERKEMBANGAN TAMADUN

 
1. Pembentukan Petempatan kekal
- Petempatan awal terdiri daripada kampung yang didirikan berhampiran sungai. Kampung-kampung ini berkembang dan menjadi Bandar yang berperanan sebagai pusat tamadun awal
- Antara petempatan awal yang berkembang menjadi pusat tamadun awal ialah tamadun Indus (lembah sungai Indus), tamadun Mesir (lembah Sungai Nil), tamadun Mesopotamia (lembah Sungai Tigris dan Euphrates) dan tamadun Hwang Ho (Lembah Sungai Hwang Ho / Sungai Kuning)

2. Proses Pembandaran berlaku
- Pertambahan penduduk dan kemajuan dalam bidang ekonomi menyebabkan kampung berkembang menjadi Bandar. Antara Bandar penting dalam tamadun awal ialah Mohenjo Daro dan Harappa di Lembah Sungai Indus; Anyang, Loyang dan Cheng Chow di lembah Sungai Kuning serta Thinis, Thebes dan Memphis di Mesir
- Bandar memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pusat keagamaan, pusat pendidkan dan pusat perindustrian
- Bandar-bandar berkembang pesat dan muncul negara kota seperti Babylon, Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari di Mesopotamia

3. Pembentukan Organisasi sosial/susun lapis masyarakat
- Cara kehidupan bandar mewujudkan sistem sosial bersusun lapis terutamanya golongan memerintah dengan golongan yang diperintah. Sistem sosial dalam masyarakat tamadun awal berbentuk piramid. Lapisan paling atas terdiri daripada golongan pemerintah yang diketuai oleh raja, lapisan kedua ialah golongan pembesar yang terdiri daripada golongan pendeta, kumpulan pentadbir dan golongan cendikiawan. Lapisan ketiga ialah golongan rakyat biasa yang bergiat dalam aktiviti pertanian dan perdagangan dan lapisan terakhir ialah golongan hamba yang bergantung kepada lapisan-lapisan di atasnya
- Struktur masyarakat terbukti di Lagash, Ur dan Sumer di tamadun Sumeria dan Memphis di tamadun Mesir.

  4. Pembentukan Sistem pemerintahan dan pentadbiran
- Dalam tamadun Mesir Purba, sistem pemerintahan diwujudkan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan dan mengurus pengagihan makanan di dalam negara. Kewujudan pemerintahan melahirkan sistem perundangan yang menjamin keamanan sesebuah tamadun
- Pemerintahan diterajui oleh raja dan dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan

 5. Agama dan kepercayaan
- Antara agama dan kepercayaan masyarakat tamadun awal ialah politeisme, animisme, kepercayaan dewa, dan pemujaan roh nenek moyang. Secara evolusi kepercayaan animisme berkembang menjadi politeisme, iaitu penyembahan lebih darpada satu tuhan. Kepercayaan politeisme terdapat dalam tamadun-tamadun awal seperti India, Mesir, Mesopotamia dan China

6. Pengkhususan kerja
- Masyarakat mula menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, pertukangan dan pembuatan. Perkembangan ini melahirkan golongan pedagang, peniaga, artisan yang menghasilkan pelbagai barangan mengikut kepakaran masing-masing.
- Golongan wanita terlibat dalam bidang pertanian manakala golongan lelaki berkhidmat sebagai tentera dan tukang-tukang mahir.
- Terdapat juga anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai askar bagi mempertahankan negara daripada serangan musuh

  7. Bahasa dan tulisan
- Antara bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan bahasa Sanskrit
- Sistem tulisan awal ialah hieroglif, cuneiform dan ideogram. Tulisan yang digunakan dalam tamadun awal membentuk gambar, simbol dan pepaku
- Antara peranan bahasa dan tulisan dalam tamadun awal ialah sebagai alat penyebaran ilmu pengetahuan, alat perhubungan dalam sesebuah masyarakat dan antara satu masyarakat dengan masyarakat lain untuk menyampaikan, memperkembangkan dan mencatatkan idea dan pemikiran manusia

8. Kemajuan Ekonomi

9. Kemajuan sains dan teknologi

10. Kemajuan undang-undang