ASSALAMUALAIKUM
Saya terus terang saje Ustaz.
Saya telah menjalin hubungan dengan seorang wanita & insyaAllah siap
utk menjadikan dia isteri saya. Namun beberapa hari lalu,pasangan saya
mengaku bahawa dia tidak dara lagi. Dia pernah melakukannya dengan bekas
kekasihnya dan itu sudah terjadi 8 tahun yg lalu.
Dia mengaku hanya melakukan sekali sahaja dan sudah menyesal. Kerana
saat itu dia menganggap bakal menjadi isteri dari bekas kekasihnya. Tapi
menurut dia hubungan mereka tidak direstui org tuanya kerana suatu hal.
Dan bekas kekasihnya itu juga masih teman saya. Yang ingin saya
tanyakan:
1. Apakah hukum dalam Islam dibolehkan menikahi wanita tersebut ? Atau
lebih baik meninggalkannya dan mencari wanita yg lebih baik?
2. Baru-baru ini bekas kekasihnya ingin balik lagi kepada dia. Saya tahu
dia masih mencintainya, kerana mereka berpisah hanya kerana masalah
restu dari org tua wanita itu. Apakah saya harus merelakan wanita ini
untuk kembali lagi atau tetap dengannya? kerana yang saya tahu dia
mencintai saya.
3. Bila saya tetap menikahinya dengan alasan ibadah, apakah saya
termasuk orang tidak baik? Kerana menurut Al-Quran surat an-nur (sy lp
ayatnya) orang baik berjodoh dengan orang baik, dan yg tidak baik akan
berjodoh dengn yang tidak baik (maaf kalau salah). Mohon untuk dijawab
agar saya dpt mengambil keputusan tanpa ragu-ragu.
Jawapan
Semoga Allah merahmati kita semua
1. Sebenarnya hukum menikah dengan orang berzina memang cukup berat,
sebahagian Ulamak mengharamkan. Melihat hal ini saya sarankan saudara
mencari pasangan yang lain. Jika masih ada peluang untuk mencari
pasangan yang lain carilah yang lebih suci. Jika tidak boleh pilih yg
lain, dan akan menghasilkan mudarat jika tidak menikah dengannya , maka
suruh dia bertaubat terlebih dahulu agar kamu disebut sebagai orang yang
terjaga kehormatannya (tidak berzina) menikah dengan yang terjaga
kehormatannya (tidak berzina)
2. Jika anda memilih mencari pasangan yang lain maka biarkanlah dia
bersama orang yang pernah menzinahinya. Dua-duanya harus bertaubat dan
melangsungkan kehidupan yang normal.
3. Orang yang berzina memang dianggap tidak baik selama belum bertaubat.
Jika sudah bertaubat maka orang yang bertaubat seperti orang yang tidak
punya dosa lagi. Ia kembali suci.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment