ASSALAMUALAIKUM
Secara khusus latar diri dan biodata khalifah Uthman bin Affan r.a. adalah seperti yang berikut:
1. Orang pertama yang berhijrah ke negeri Habsyah (Eritheria) di atas arahan Rasulullah s.a.w. Iaitu bersama isterinya Ruqayyah bt. Rasulullah s.a.w.
2. Tokoh yang terlalu banyak menyumbangkan harta miliknya ke jalan Allah, contoh yang paling terkenal, ialah dalam penyediaan tentera Jihad Usrah.Daripada Anas r.a. berkata: “Orang yang pertama dari kalangan muslimin berhijrah ke Habsyah bersama ahli keluarganya ialah Uthman bin Affan. Maka Nabi s.a.w. bersabda: Kedua-duanya ditemani oleh Allah. Sesungguhnya Uthman bin Affan itu ialah orang yang paling pertama berhijrah ke jalan Allah bersama dengan keluarganya selepas Nabi Allah Lut berbuat demikian. “
“Berkata Adurrahman bin Habbab: Aku telah menyaksikan bagaimana Rasulullah s.a.w. memberangsangkan bagi persiapan untuk tentera yang menghadapi kepayahan. Maka Uthman bin Affan dapat tahu hal itu, lalu berkata: Ya Rasulullah! Untuk itu hamba sumbangkan 100 ekor unta yang semata-mata ke jalan Allah. Selepas itu pula Nabi s.a.w. mengiklankan keperluan untuk kegunaan para tentera sendiri. Maka Uthman r.a. berkata: Ya Rasulullah! Hamba sumbangkan lagi 300 ekor unta yang lengkap dengan kelengkapan seperlunya, semata-mata ke jalan Allah. Kata Abdurrahman, aku lihat Rasulullah s.a.w. turun dari atas mimbar, lalu berkata: Tidak ada apa-apa tindakan Uthman yang boleh menjejaskannya selepas ini semua! Tidak ada apa-apa tindakan Uthman yang boleh menjejaskannya selepas ini semua!.
Begitu juga dalam Hadith al-Tirmizi:
“Daripada Ab. Rahman bin Samurah, berkata: Uthman telah datang bertemu Nabi s.a.w. membawa seribu dinar ketika menyediakan keperluan zaman susah tentera. Maka lalu dilonggokkan di hadapannya, maka Nabi s.a.w. lalu membelek-belekkannya sambil bersabda: Apa-apa yang Uthman lakukan selepas hari ini, tidak akan menjejaskannya (dua kali).
3. Uthman bin Affan r.a. membeli sebuah perigi dengan wangnya sendiri dan diwakaf untuk kegunaan seluruh Muslimin di Madinah, sedangkan di Madinah waktu itu sukar mendapat sumber air.
Keterangannya melalui Hadith riwayat al-Tabarani dan Ibnu Asakir:
Daripada Basyir al-Aslami, berkata: Bila kaum Muhajirin tiba di
Madinah, mereka mengalami amat sukar mendapat air. Dan hanya terdapat
sebuah perigi milik seorang lelaki daripada Bani Ghifar, perigi itu
dikenali dengan perigi Romah. la menjual aimya setimba dengan harta satu
mud (kadar wang yang digunakan zaman itu). Lalu Nabi s.a.w. menawarkan untuk membelinya dengan janji sebuah perigi di dalam syurga kelak. Jawabnya Ya
Rasulullah! Tidak ada lagi perigi yang lain milikku dan anak-anakku. Dan
aku tidak dapat menerima tawaran itu. Berita itu sampai ke pengetahuan
Uthman r.a., lalu segera membelinya dengan harga 35 000 dirham (satu
harga yang tidak ada siapa yang mampu membelinya). Kemudian dia datang
menghadap Nabi s.a.w. lalu bertanya: Ya, RasuluIlah! Adakah tuan masih menawarkan untuk saya
seperti tuan tawarkan kepada empunya perigi itu untuk mendapatkan
sebuah perigi di syurga kalau saya dapat membelinya? Jawab Nabi s.a.w.:
Ya! lalu kata saya Uthman r.a. sebenarnya, saya telah pun membelinya dan
mewakafkan untuk kegunaan semua Muslimin.
4. Keberanian dan kesanggupan Uthman bin Affan r.a. menempuh maut sematamata kerana arahan RasululIah s.a.w. sebagai wakilnya kepada pihak Musyrikin Quraisy di Makkah iaitu dalam peristiwa Hudaibiyah pada tahun 6H. Pada mulanya Nabi s.a.w. cuba melantik Umar bin al-Khattab r.a., yang terkenal keberaniannya, tetapi di sini ternyata Umar kurang berani.
Katanya:
Selain sumbangan-sumbangan yang terlalu besar kepada kejayaan Islam, maka dalam keadaan-keadaan tertentu pula nampak Saiyidina Uthman r.a. lebih berani dan lebih bertawakal daripada orang lain. Satu kelebihan yang sukar ditandingi.“Wahai Rasulullah! Hamba bimbang keselamatan diri hamba dari Quraisy itu. Kerana di Makkah tidak ada seorang pun keturunan Bani Adi yang boleh melindungi hamba. Sedangkan kaum Quraisy itu benar-benar mengetahui permusuhan hamba dan kekasaran hamba terhadap mereka dulu. Tetapi hamba boleh tunjukkan seorang lelaki yang lebih berkemampuan daripada hamba, iaitu Uthman bin Affan. “
5. Uthman bin Affan r.a. satu-satunya manusia yang mendapat penghormatan daripada Allah dan Rasul-Nya. Ini kerana tidak berlaku di dalam dunia ini seorang manusia dapat mengahwini dua orang puteri Nabi, lebih-Iebih lagi puteri kepada Rasul terakhir (Khatam al-Nabiyin). Sebab itu ia digelar, Zu al-Nurain (yang memiliki dua cahaya, yakni dua puteri Nabi) ,
penjelasan ini terdapat dalam Hadith riwayat al-Baihaqi:
Daripada Abdullah bin Umar bin Aban al-Ju’fi, berkata: Bapa saudaraku Hussain al-Ju’fi bertanya kepadaku: Tahukah kamu, mengapakah Uthman itu digelar pemilik dua cahaya? Kataku: Tidak, lalu katanya: Sejak Allah jadikan Adam hinggalah ke hari kiamat tidak pernah ada orang yang mengumpul (mengahwini) dua orang puteri Nabi, selain Uthman. Maka sebab itu digelar Zu al-Nurain (pemilik dua cahaya). Mula-mula Uthman r.a. mengahwini Ruqayyah bt. Rasul s.a.w. yang meninggal dunia pada malam peperangan Badar, kemudian Rasulullah s.a.w. kahwinkannya pula dengan adiknya Ummu Kalthom.
Rasulullah s.a.w. mengahwinkan puterinya dengan Saiyidina Uthman r.a. bukanlah seperti bapa-bapa biasa yang mengahwinkan anak-anak perempuan mereka dengan seseorang lelaki dengan pilihan dan sebab-sebab tertentu yang dimaklumi umum, berbanding Rasulullah s.a.w. ketika engahwinkan puterinya dengan Uthman adalah arahan wahyu Allah s.a.w.
Kenyataan ini berdasarkan al-Tabarani daripada Hadith Ibn Abbas r.a. daripada Nabi s.a.w.
Nabi s.a.w. bersabda
sesungguhnya Allah s.w.t. telah mewahyukan kepadaku supaya aku kahwinkan anakandaku dengan Uthman.
Begitu juga Hadith:
Daripada lbn Abbas r.a., berkata aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku tidak kahwinkan Uthman dengan Ummi Kalthom, melainkan dengan sebab arahan wahyu dari langit.
Bukan hanya sekadar itu sahaja, bahkan Rasulullah s.a.w. pernah membayangkan penghargaannya lebih daripada itu, sebagaimana Hadith al-Tabarani:
Daripada Ismah bin Malik, telah berkata: Apabila anakanda Rasulullah s.a.w. yang di bawah milik Uthman itu meninggal dunia, Rasulullah s.a.w. bersabda pula: Kahwinkanlah Uthman, kalaulah aku masih mempunyai puteri yang ketiga, nescaya aku kahwinkannya dengan Uthman, kerana aku tidak kahwinkannya dulu, melainkan dengan sebab wahyu daripada Allah.
Aspirasi daripada Hadith-Hadith yang lalu menunjukkan tentang keistimewaan Saiyidina Uthman r.a. itu hingga Allah s.w.t. sendiri mewahyukan kepada Nabi-Nya dalam perkara ini, sudah tentu ada sesuatu rahsia besar yang tidak mampu diketahui oleh manusia. Andainya Uthman r.a. itu seorang yang berperangai buruk atau ada salah pada pendirian dan tingkah lakunya, sama ada yang menyentuh diri sendiri maupun masyarakat dan negara, maka sudah tentu Allah s.w.t. tidak akan menerimanya sebagai menantu kepada Nabi besar. Dari segi yang lain menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. begitu akur dengan wahyu Allah, sehinggakan soal perkahwinan anak pun, baginda tidak cuba membincangkan arahan wahyu itu.
6. Dalam zaman pemerintahan khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. berlaku kemelesetan di bumi Hijaz akibat kemarau panjang. Tanaman gandum dan buah-buahan rosak dan kering. Khalifah cemas sekali, lalu Saiyidina Uthman r.a. menghadiahkan bahan-bahan makanan dan minuman dari satu kafilah besar milik peribadinya yang baru tiba dari wilayah Syam. Kafilah itu dianggarkan terdiri daripada 1000 ekor unta yang penuh muatan, semuanya dihadiahkan percuma kepada kaum Muslimin.
7. Uthman r.a. merupakan seorang sahabat yang dijamin untuk menghuni Syurga Allah oleh Rasulullah s.a.w. Ini berdasarkan Hadith:
Setiap Nabi itu ada teman karibnya, teman karibku di dalam syurga kelak ialah Uthman.
Begitu juga pengakuan daripada Rasulullah s.a.w. yang di catatkan oleh Ibn Abd. al-Bar
Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda “Aku telah memohon kepada Tuhanku Yang Maha Agung supaya tidak memasukkan ke dalam neraka sesiapa sahaja yang pernah bermenantukan Aku atau Aku menjadi menantunya.”
8. Uthman bin Affan r.a. berperibadi terlalu mulia, baik dalaman mahupun luaran, sehinggakan para malaikat sendiri pun segan dan malu kepadanya. Perkara ini dijelas oleh Muslim dalam Hadithnya yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a.
Bahawa sedang Rasulullah s.a.w. duduk berbaring-baring di katilku, badannya diselimut dengan kain panjangku (dengan terbuka di sana sini). Kemudian datang Abu Bakar dan kemudian datang Umar r.a. memohon izin untuk berbincang sesuatu. Baginda s.a.w. berkeadaan begitu hingga mereka meminta diri untuk pulang. Kemudian Uthman r.a. pula datang, kali ini Rasulullah s.a.w. terus bangun membetulkan kedudukan dan pakaiannya baik-baik. Apabila selesai perbincangan dan Uthman r.a. pulang. Aku bertanya: Ya Rasulullah, mengapa saya lihat kamu tidak cemas atau terburu-buru ketika menerima kedatangan Abu Bakar dan Umar r.a., tidak seperti kedatangan Uthman r.a. ? Lantas jawab Rasulullah s.a.w.
Apakah tidak wajar aku segan dan malu kepada seseorang yang malaikat sendiri pun segan dar malu kepadanya !
9. Uthman bin Affan r.a. dipilih sebagai salah seorang penulis wahyu pada zaman
pemerintahan Rasulullah s.a.w., digandingkan dengan Ali bin Abi Talib r.a. Ketika Abu Bakar al-Siddiq r.a. menjadi khalifah, Saiyidina Uthman r.a. terus dilantik menjadi setiausaha negara.[17] Sebenarnya, masih banyak lagi kelebihan-kelebihan Saiyidina Uthman yang melambangkan satu nilai ketokohan dan ketinggian iman seorang sahabat besar kepada Rasulullah s.a.w., sehingga Nabi s.a.w. sendiri mengakuinya sebagai personaliti yang terbaik, dan bakal menjadi penghuni syurga Allah s.w.t. seperti Abu Bakar, Umar, Ali dan juga yang lain-lain.
No comments:
Post a Comment