Saturday, June 22, 2013

INGAT MATI !!!

ASSALAMUALAIKUM

Muhasabah diri kita. renung segala dosa yg dah kita buat. kadang kita sedar, namun kadang kita teralpa dan lalai. Dosa, kita tak pernah terlepas dari buat dosa. dalam sehari, dalam satu saat, satu jam, dan apa2 sekalipun banyak sangat dosa yg kita buat sehari hari.

Pagi tadi sampailah ke petang, admin ada ikut KEM KEPIMPINAN 2013 di sekolah. Dia punya facilitators dia dari AURA UNGGUL RESOURCES. Suatu badan motivasi yg sangat bagus dan superb! Admin sangat teringin nak kongsi dgn korang semua. Baca tau.

Fc (facilitators ) tu motivate kitorang supaya sentiasa SENYUM. JANGAN BUAT MUKA MALAIKAT MAUT! Seronok tau sbb fc tu cerita pasal nabi. Korang tahu tak sebenarnya, MALAIKAT MAUT menyerupai seorang lelaki berjubah putih ketika hendak mencabut nyawa Nabi Muhammad SAW.

Masa tu, Baginda diberi pilihan samada nak tangguh atau nak cabut nyawa sekarang. Baginda memilih untuk dicabut nyawanya pada waktu itu juga. Ya SubhanaAllah. Sungguh besar kepimpinan baginda ketika hendak dicabut nyawa, baginda merasakan kesakitan yang amat sangat.

Tetapi, baginda masih memikirkan nasib umat2 nya pada waktu itu. sehinggakan baginda memohon hajat untuk menanggung semua kesakitan umat2 nya. Sungguh besar pengorbanan baginda Rasulullah. Jadi, kita sebagai orang biasa yang memang tidak akan sanggup untuk menahan azab, marilah sama2 kita bertaubat dan mengingati MATI!

* BACA LAH AL-FATIHAH SEBANYAK YANG BOLEH ATAU SELEPAS SOLAT ATAU DIMANA SAHAJA KITA BERADA BUAT JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW, KAUM KELUARGANYA DAN SAHABAT2NYA...

*JANGAN BERKATA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH KEPADA NYA SESUNGGUHNYA BAGINDA NABI KITA SANGAT MULIA DI SISI ALLAH SWT...

WallahuAlam

No comments: