Sunday, March 24, 2013

IMAN MUTIARA HIDUP

ASSALAMUALAIKUM

Hari nie nak share serba sedikit lah pasal IMAN.
Apa itu IMAN? Mungkin ada sesetengah daripada kita yg kurang jelas ttg definisi iman,

IMAN MENURUT BAHASA ialah mengiktiraf, mengakui, dan membenarkan sesuatu tanpa
mempersendakannya.
IMAN MENURUT ISTILAH pula ialah membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lidah,
dan mengamalkan dengan anggota.

membaca Al-Quran boleh meningkatkan keimanan.
Korang tahu tak actually iman boleh bertambah berkurang? Ya betul, ia boleh bertambah berkurang mengikut amalan yg kita lakukan.

Hakikat ini bersandarkan Firman Allah S.W.T :

"Sesungguhnya orang orang beriman itu adalah mereka yg apabila disebut nama Allah, gentarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat ayatnya, bertambahlah Iman mereka dan kepada Tuhan mereka bertawakal".

Iman boleh bertambah dengan beribadat dan ketaatan. Iman boleh berkurang dengan melakukan maksiat.

Cara nak tambah keimanan pula antaranya:

* Melakukan Qiamullail
* Membaca Al-Quran
* Berzikir

Mudah kan cara tu, tapi lagi bagus kalau kita istiqamah mengerjakannya :)

No comments: