Apakah Sujud Syukur Itu ?
Sujud Syukur ialah sujud dua kali yang
dilakukan untuk menyatakan rasa terima kasih atas nikmat Allah Subhanahu wa
Ta‘ala, juga sujud apabila mendengar atau melihat berita yang menggembirakan
dan terselamat atau terlepas dari malapetaka / bala bencana.
.
Sujud pertama adalah sujud taat manakala sujud ke-dua
menunjukkan kesyukuran. Sujud ini hanya dilakukan di luar solat. Bacaannya
boleh juga sama seperti bacaan ‘Sujud Tilawah’.
.
.
Hukum Sujud Syukur
Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah
sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya: “Sewaktu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju ke
dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap
kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat
kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar
gembira kepadaku. Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau:
“Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya
dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya”
Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah.” (Hadis
riwayat Imam Ahmad)
.
Dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Abu
Daud dan selainnya, “Bahawa Baginda Shallallahu
‘alaihi wasallam jika sampai kepada Baginda sesuatu perkara yang
menggembirakannya, Baginda akan melakukan sujud.” (Syarah Al-Minhaj)
.
Sujud syukur di dalam mazhab Asy-Syafi‘ie tidak boleh
dilakukan di dalam solat. Ianya hanya sunat dilakukan di luar solat ketika
seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah SWT atau terhindar daripada malapetaka.
.
Di antara sujud yang dikategorikan sebagai sujud syukur
ialah sujud selepas membaca ayat 25 daripada surah Shad iaitu:
“Maka Kami mengampuni
kesalahannya. Sesungguhnya dia dekat dari Kami dan mempunyai tempat kembali
yang baik.”
.
Dari itu sujud kerana ayat ini tidak boleh dibuat di
dalam solat kerana sujud pada ayat di atas adalah atas dasar syukur dan sujud
syukur tidak boleh dilakukan di dalam solat. Jika dia sujud maka batallah
solatnya menurut pandapat al-ashah, kecualilah jika ia tidak mengetahuinya atau
ia terlupa.
.
.
1. Syarat Sujud Syukur
1.
Berwuduk
2.
Berdiri menghadap kiblat.
3.
Berniat. “ Sengaja daku sujud syukur kerana Allah
Taala”.
4.
Takbiratul-ihram.
5.
Bersujud menyentuh bumi atau lantai.
6.
Dengan sekali sujud sahaja.
7.
Bertakbir seiring bangun dari sujud.
8.
Memberi salam.
.
2. Syarat Syukur
1.
Mengakui nikmat itu dengan hati.
2.
Mengucapkan secara lisan “Alhamdulillah”.
3.
Gunakan nikmat itu untuk melaksanakan ketaatan pada
Allah.
.
3. Bacaan Sujud Syukur:
Subhanakallahumma Anta Rabbiy haq-qan haqqa, sajadtu laka
yaa Rabbi ta-’abbudan wa riqqa. Allahumma inna ‘amali dha’ifun fadha’i liy.
Allahumma qini ‘adzaabaka yawma tub’atsu’ ibaaduka wa tub ‘alayya innaka antat
tawwabur Rahim.
“Maha Suci Dikau, Ya Allah! Dikaulah Tuhanku yang
sebenarnya, daku sujud kepada-Mu ya Rabbi sebagai pengabdian dan penghambaan.
Ya Allah! Sesungguhnya amalku lemah, maka lipat gandakan pahalanya bagiku. Ya
Allah! Selamatkan daku dari siksa-Mu pada hari hamba-hamba-Mu dibangkitkan,
terimalah taubatku; Sesungguhnya Dikau Maha Menerima taubat dan Maha
Penyayang!”
.
Atau
.
Boleh juga
membaca tasbih pada Sujud Syukur ini sama seperti bacaan ‘Sujud Tilawah’:
Sa-ja-da waj-Hi-ya lil-la-dziy
kho-la-qo-hu wa-shaw-wa-ra-Hu wa-syaq-qo sam-’a-Hu
wa-ba-sho-ro-Hu bi-hau-li-hi wa-quw-wa-ti-Hi
fa-ta-baa-ro-kaL Laa-Hu ah-san-ul khoo-li-qiyn .
“Daku bersujud kepada Allah yang menjadikanku, memberikan
pendengaranku dan penglihatanku dengan Kekuasaan-Nya dan Kudrat-Nya. Maka Maha
Suci Allah, Dialah sebaik-baik pencipta kejadian.”
.
.
Bagaimana Sujud Syukur
Dilaksanakan ?
Sujud syukur dilaksanakan sama halnya seperti melakukan ‘Sujud
Tilawah’ ketika ia dilakukan di luar solat iaitu berniat untuk melakukan sujud
syukur, takbir, sujud dan juga salam.
Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang
terkandung di dalam ‘Sujud
Tilawah’ iaitu suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.
Dari segi zikir yang sunat dibaca ketika sujud syukur ini
adalah sama seperti zikir-zikir yang telah dijelaskan di dalam ‘Sujud
Tilawah’.
.
Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara
mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di
samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan
solat sunat syukur. (Mughni Al-Muhtaj 1/219). Menurut Al-Khawarizmi
pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau solat dua
rakaat maka itu adalah yang lebih baik.
Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput
waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam
Bish Shawab
(Hanya
Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
No comments:
Post a Comment