Thursday, March 28, 2013

Waktu mustajab untuk berdoa

ASSALAMUALAIKUM


Sebagai orang beragama Islam, DOA adalah Senjata Kita! apa sahaja yang kita minta dari Allah SWT semua melalui Doa. Antaranya doa dalam solat 5 waktu yang kita lakukan siang dan malam, dalam kelas semasa nak mulakan sesi pembelajaran dan sebagainya. kalau korang nak tahu, ada masa masa yang dimustajabkan doa. waktu yang dimustajabkan doa ialah..



  1. Waktu antara azan dan qamat
  2. Pada hari jumaat
  3. Pada dua pertiga malam(antara pukul 3 pagi)
  4. Saat kita mendoakan orang lain
  5. Pada ketika sujud
  6. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa
  7. Doa selepas solat fardhu
  8. Ketika Lailatulqadar
  9. Ketika Hari Arafah
  10. Ketika Hujan
Doa adalah senjata umat Islam :)


1)Waktu antara azan dan iqamat
-Antara azan dan iqamat ada satu saat dimustajabkan doa. sebabtu, kita mesti memperbanyakkan doa pada waktu itu.

 2)Pada hari Jumaat
-Di dalam hadis Nabi s.a.w telah menyatakan pada hari Jumaat ada waktu mustajab untuk berdoa..iaitu pada sesudah ASAR.

3)Pada dua pertiga malam
-Di dalam sebuah hadis Nabi s.a.w menyatakan bahawa "Tuhan kami Tabaraka wa Taala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika sepertiga malam terakhir.Pada saat itu Allah berfirman,"Sesiapa yang memohon pada-Ku,pasti aku memberikannya,sesiapa yang meminta ampun pada-Ku pasti Aku mengampunkan baginya." Subhanallah!!
                                                         
  4)Saat kita mendoakan orang lain
-Di dalam satu hadis menyatakan bahawa: "Doa seorang Muslim pada saudaranya di belakangnya adalah yang dimustajabkan.Di sisi kepalanya ada malaikat yang diwakilkan.Setiap kali seseorang berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan, maka berkata malaikat yang mewakilkan 'AMIN' dan bagi kamu seperti itu. 

5)Ketika Sujud
-Ketika solat, saat yang paling disukai Allah adalah ketika SUJUD. Pada ketika itu, Nabi s.a.w menganjurkan kita supaya banyakkan doa.

 6)Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa 
 -Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. (HR Ibnu Majah)


7)Doa selepas solat fardhu 
-Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu (HR Al-Tirmizi)


8)Ketika Lailatulqadar
-Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w:-Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu saya baca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .(HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )

                                                            9)Ketika Hari Arafah
-Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi s.a.w bersabda-Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)



10)Ketika Hujan 
-Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340)


Maka jelaslah disini bahawa Umat Islam perlu memperbanyakkan doa dalam kehidupan seharian kita.Amalkanlah waktu2 mustajabnya doa ini!


SEMOGA DOA DOA KITA DIPERKENAN OLEH ALLAH S.W.T , AMIN YA RABBAL ALAMIN..

No comments: